NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Monday, August 9, 2010

Laksanakan pendidikan seks sekarang!

Aug 05, 2010 04:51:59 pm

Semenjak kebelakangan ini, terdapat banyak kes rogol yang melibatkan kanak-kanak telah didedahkan.  All Women's Action Society (AWAM) meyokong penuh cadangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah.

Walau bagaimanapun, AWAM berasa amat kecewa apabila Muhyiddin (gambar kanan) mengatakan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan terlebih dahulu dasar pelaksanaan pendidikan seks tersebut.  AWAM berpendapat perbincangan demi perbincangan yang telah memakan masa ini tidak beroleh apa-apa faedah malah lebih ramai kanak-kanak yang akan dikorbankan sepanjang perbincangan ini dilanjutkan.

Agenda yang dikatakan perlu dalam perbincangan ini antara lainnya adalah, latihan mengajar pendidikan seks, pembahagian masa pengajaran, dan juga isu sama ada pendidikan seks akan disertakan ke dalam silibus pendidikan atau dikekalkan seperti sekarang; ataupun dimasukkan ke dalam subjek biologi.  Perbincangan seperti ini telah diadakan bertahun-tahun lamanya.  Cadangan dan bahan pengajaran juga telah dibekalkan, akan tetapi kerajaan tidak pernah menghiraukan hasil yang diperoleh daripada perbincangan tersebut.

Maka dengan ini, AWAM berpendapat cadangan yang diutarakan oleh Timbalan Pendidikan bukanlah suatu cadangan yang ikhlas.  Pendidikan sedia ada terbukti tidak dapat melindungi kanak-kanak, dengan itu generasi akan datang akan terus didera.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Women's Centre for Change (WCC), hanya 4% kes penderaan seks kanak-kanak telah disabitkan kesalahan, sementara 45% kes telah ditutup.  Menurut statistik yang dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia pada tahun 2009, 30% kes penderaan kanak-kanak melibatkan penderaan seks (Sin Chew, 4/8/2010).

AWAM ingin mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia telah menandatangani Child's Rights Convention (CRC) pada tahun 1995 dan pada tahun 2002 Malaysia telah melaksanakan Child Act 2001.  Maka kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk melindungi kanak-kanak.  

AWAM berasa kecewa dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menangani kes penderaan seks yang semakin berleluasa ini dengan hanya meneruskan perbincangan yang sudah bertahun-tahun lamanya.

Dengan ini, AWAM berharap Menteri Pendidikan memandang serius terhadap pendidikan seks dan bukan hanya berterusan dengan cadangan kosong sahaja.
*Kenyataan Haslina Yacoob selaku Pengerusi AWAM (All Women's Action Society).

Wednesday, June 23, 2010

PEMBABITAN remaja dengan masalah yang merunsingkan kebelakangan ini tidak boleh dipandang ringan dan usaha keras perlu dilakukan bagi mengelak golongan itu terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Remaja adalah generasi yang serius, kritikal, lambang kepada kekuatan, kecergasan, kecerdasan akal dan kemantapan fizikal serta spiritual. Semua sifat dan kriteria remaja itu dijelaskan Allah dalam al-Quran.

Firman-Nya yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah (bayi dan kanak-kanak), selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat (remaja dan belia). Selepas itu Dia menjadikan kamu lemah pula (tua) serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.” (Surah al-Rum, ayat 54)

Zaman remaja juga penuh dengan pelbagai godaan dan cabaran yang menguji kewarasan berfikir serta kematangan bertindak. Paling penting sekali, zaman remaja saat mula belajar mengenal erti dan matlamat hidup yang sebenarnya.

Pada saat inilah mereka mula menerima tanggungjawab melaksanakan kewajipan diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan sama ada dosa atau pahala sesuai dengan amalan yang dilakukan.

Dari perspektif Islam, zaman remaja adalah zaman menuntut pengisian terbaik supaya mereka lahir sebagai generasi berkualiti dan bermanfaat kepada agama, bangsa serta negara, bukan menjadi generasi yang rosak binasa serta menimbulkan masalah.

Oleh itu, Islam menitikberatkan pendidikan muda-mudi supaya mereka muncul sebagai generasi terbaik yang taatkan Allah dan Rasul-Nya serta berkhidmat untuk Islam.

Pengisian yang baik sewaktu zaman remaja juga melayakkan seseorang Mukmin mendapat perlindungan Allah semasa perhimpunan di Padang Mahsyar pada hari akhirat nanti. Pendek kata, zaman remaja adalah kesempatan keemasan yang hanya datang sekali sepanjang hayat manusia.

Kajian menunjukkan pengisian yang salah ketika remaja, kecetekan ilmu agama, kekurangan perhatian ibu bapa dan pengaruh budaya luar yang mendominasi kehidupan masa kini antara punca masalah muda-mudi dalam masyarakat Malaysia.

Faktor itu menyebabkan muda-mudi yang kekosongan jiwa itu akhirnya mendorong mereka mencari keseronokan di luar seperti melepak, berpeleseran di stesen bas dan kompleks membeli-belah serta melakukan aktiviti diluar batasan seperti bergaul bebas dengan pasangan, melakukan perbuatan bertentangan budaya dan nilai Islam.

Islam dari awal sudah menggariskan corak pendidikan yang sesuai kepada muda mudi supaya lahir sebagai generasi berkualiti. Islam mengajar remaja supaya memiliki pendirian hidup yang jelas, menghiaskan diri dengan identiti dan sahsiah Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu suka menjadi pak turut yang bersikap, “Aku bersama-sama orang ramai, kalau mereka baik maka baiklah aku dan kalau mereka tak baik, aku pun tak baik.” Sebaliknya hendaklah kamu cekalkan diri kamu dengan bersikap, “Jika orang ramai baik, aku akan menurut jejak langkah mereka dan jika mereka berlaku tak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Pendidikan akhlak penting membentuk peribadi dan sahsiah muda-mudi supaya dapat membezakan akhlak terpuji dan akhlak yang keji. Pada masa sama, remaja juga perlu dibimbing menguruskan masa dengan baik.

Rasulullah SAW memberi panduan menguruskan masa dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim mestilah membahagikan masanya selama hayatnya untuk empat perkara, iaitu masa bermunajat kepada Allah, masa melakukan muhasabah dirinya sendiri, masa berfikir kejadian Allah, masa untuk tujuan kehidupan seharian seperti makan minum, bekerja mencari rezeki halal,” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Selain itu, kekuatan dan ketrampilan adalah lambang generasi remaja berkualiti. Islam inginkan umatnya terutama remaja memiliki kekuatan dan ketrampilan yang menjadi prasyarat ke arah kejayaan cemerlang.

Kekuatan dikehendaki Islam bukan hanya kekuatan fizikal, termasuk kekuatan akal dan rohani yang menjadi benteng kukuh mendepani cabaran mendatang. Ibu bapa, kerajaan serta masyarakat berperanan membangunkan remaja sebagai generasi yang berkualiti


Sunday, June 20, 2010

Tangani segera gejala seks bebas sebelum keadaan makin teruk

2010/06/21


PEMBABITAN remaja Melayu dalam kes salah laku seksual dan kegiatan seks bebas seperti disiarkan Berita Minggu kelmarin sungguh mengejutkan. Walaupun laporan itu bagai membuka pekung di dada dan menconteng arang di muka orang Melayu beragama Islam di negara ini, tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan kita betapa rosaknya moral dan akhlak remaja sekarang.

Jika begitu, tidak hairanlah mengapa kebelakangan ini begitu banyak kes pembuangan bayi berlaku di kalangan wanita Islam di negara ini, serta pengguguran janin yang disiarkan media cetak dan elektronik. Semuanya berpunca daripada keruntuhan akhlak ketika mereka remaja. Oleh kerana semua kejadian disiarkan media itu diperoleh berdasarkan kes dilaporkan orang ramai dan bersumberkan polis, ramai beranggapan ia kes terpencil yang barangkali sebahagian besarnya bukan dilakukan rakyat tempatan.

Kita mendakwa ia angkara rakyat asing atau pendatang tanpa izin yang tidak bermoral dan rosak akhlak, sehingga tergamak membuang bayi hidup-hidup dan menggugurkan janin dalam kandungan. Tetapi apabila sudah terbukti menerusi kajian ilmiah, lebih-lebih lagi dilakukan pensyarah berwibawa institusi pengajian tinggi, ternyata kes salah laku seks dan seks bebas banyak membabitkan orang Melayu sendiri. Lebih memeranjatkan, ia membabitkan remaja seawal usia 13 tahun.

Kajian terbaru selama enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ itu dilakukan sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan 400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan luar bandar. Kajian diketuai Pengarah Pusat Kokurikulum UPM, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran itu, mendapati 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 dan 25 tahun mengakui terbabit salah laku seksual dan seks bebas.

Sebenarnya, sudah banyak diperkatakan mengenai keruntuhan akhlak remaja kita selama ini. Baik isu merokok yang sudah menjadi perkara biasa yang tiada penyelesaiannya, sehinggalah kepada isu penagihan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja Melayu.

Sudah tiba masanya semua pihak bertindak segera, jangan tunggu sehingga masalah ini menjadi teruk dan tidak boleh dibendung lagi. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak masing-masing. Bukan saja di rumah, malah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

Ibu bapa juga harus memberi didikan agama yang sempurna kepada anak sejak kecil lagi, termasuk soal hukum, had bersosial dan batas sempadan dalam pergaulan seperti ditetapkan agama. Guru khususnya kaunselor di sekolah patut memainkan peranan lebih berkesan membimbing pelajar bermasalah supaya kembali ke pangkalan jalan. Walaupun isu keruntuhan akhlak remaja harus ditangani secara bersepadu membabitkan pelbagai pihak, namun institusi keluarga adalah penggerak utama mencari penawar mujarab kepada penyelesaian ini.

Kebebasan berlebihan punca gejala seks

oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/06/21


Masalah melanda remaja perlu ditangani secara bersepadu, terap nilai Islam

KUALA LUMPUR: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.

“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.

“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.

“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.

“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.

“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.

Saturday, June 19, 2010

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

pix_gal0


Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR 2010/06/20 : Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.


z

AWASILAH ANAK-ANAK GADIS DENGAN AYAT-AYAT POWER YANG BERIKUT YANG MEMUNGKINKAN ANDA TERJERAT

Berikut ini adalah ayat-ayat yang anda perlu berhati-hati dan berwaspada agar anda tidak menjadi mangsa buaya darat!

Ayat memikat ringkas paling kerap digunakan di serata dunia. Tidak kira apapun versi bahasanya, ia berbunyi ‘macam pernah nampak saja’ atau ‘macam kenal saja’. Ayat ini nampaknya masih dianggap relevan dan praktikal sehingga kini. Dipercayai, pada kebanyakan masa, ia berupaya mencetuskan perbualan antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, seseorang lelaki perlu sentiasa berhati-hati dalam mengucapkan ayat memikat. Ini kerana sesetengah wanita tidak menggemari ayat sebegini, lebih-lebih lagi yang kedengaran bodoh, berlebihan atau terlampau terdesak.

Kadangkala, ayat memikat yang ringkas saja sudah memadai. Apabila ada maklum balas yang positif daripada wanita terbabit, barulah seseorang lelaki perlu memikirkan kesinambungan ayat memikat yang dapat memastikan hubungan itu berterusan.

Banyak idea ayat memikat yang boleh anda petik daripada dialog yang didapati dari filem, bahan bacaan seperti novel ataupun dari internet. Sebelum mempraktikkannya, elok juga jika anda berlatih terlebih dulu, sama ada merekod dan mendengarnya semula ataupun berlatih di depan cermin bagi menentukan ekspresi muka yang sesuai.

Namun, anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menyentuh mengenai perkara sensitif seperti berat badan atau warna kulit dalam ayat memikat yang ingin anda gunakan, biarpun ia berunsur pujian. Maklum saja, ramai wanita yang sukar diduga tahap sensitiviti mereka. Kadangkala, pujian pun boleh disalah anggap sebagai kata memerli, justeru lebih selamat jika ia tidak digunakan dalam ayat memikat anda.

Paling penting, seseorang lelaki perlu tampil yakin ketika mengungkapkan ayat memikat kepada wanita dan pastikan ia kedengaran semula jadi. Tidak semua wanita mudah diambil perhatiannya melalui ayat memikat semata-mata. Kalaupun ayat memikat anda tidak berkesan, mungkin keyakinan yang ada pada diri anda itu sebenarnya yang dapat memikat hati si dia.

Apa Kata Mereka?

Scha Al Yahya


“SAYA rasa, pick up lines selalunya susah untuk menarik minat saya kerana kebanyakan yang saya terima selalunya agak berlebih-lebihan.

“Antara yang saya ingat, “Am I dead? This must be heaven and you must be angel. (Adakah saya sudah mati? Ini pastinya syurga dan kamu tentunya bidadari). Biasanya saya akan tergelak saja mendengar pick up lines begini yang kebanyakannya saya terima menerusi mesej di profil laman sosial.

“Entahlah, saya susah terpikat dengan ayat memikat. Saya lebih tertarik kepada personaliti seseorang lelaki itu.”

Sazzy Falak

“Oleh kerana saya sukakan individu yang pandai berjenaka, jadi saya lebih ingat pick up lines yang berunsur jenaka yang pernah orang ungkapkan kepada saya.

“Bagi saya, lelaki zaman kini perlu bekerja lebih keras dan jadi lebih kreatif dalam menyusun pick up lines. Ini kerana kebanyakannya sudah biasa diketahui wanita kerana ia boleh dibaca menerusi internet. Lagipun, kebanyakan wanita kini tidak mudah untuk memberi perhatian kepada pick up lines.

“Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keikhlasan di sebalik kata-kata yang diungkapkan itu. Jika pick up lines yang diungkapkan seseorang lelaki itu biasa saja, tapi keikhlasan dapat dilihat dalam dirinya, tidak mustahil jika seseorang wanita itu akan memberi peluang kepadanya.”

Contoh Ayat Memikat:

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.

Sunday, June 13, 2010

IBU BAPA AWASILAH ANAK-ANAK ANDA, JANGANLAH DIBENARKAN KELUAR MALAM, BANYAK BAHAYANYA TU!

SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai lokasi memadu kasih pada malam hari.

Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta.

Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam. Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu.

“Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat. “Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam. “Malah, sebelum ini kami turut menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan penduduk.

Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat membabitkan orang Islam.



Monday, June 7, 2010

Padah buang mayat bayi
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda RM7,000 ke atas seorang graduan kerana membuang mayat bayi yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zarina Sulaiman, seorang lulusan Diploma Sains Fizik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan

GARA-GARA MENGADU DIROGOL ABANG IPAR

KULIM 8/6/2010 - Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya, bahkan turut dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga mereka.

Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak tahan dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu, mengadu kepada kakaknya. Dia menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya mempunyai buruk sangka.

Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip hingga cedera.

Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu sengaja mereka cerita untuk membusukkan nama suaminya dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga mereka sebelum dihalau daripada rumah pasangan tempat dia menumpang itu.

Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim, mangsa mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 2 Jun lalu.

"Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi, menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya. Tidak cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali lagi masuk ke bilik mangsa dan melakukan perkara terkutuk itu," katanya.

Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan berterusan, mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 5 Jun lalu.

Gadis itu juga memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan polis.

Sunday, June 6, 2010

Kehidupan selepas mati


Setiap orang yang beriman wajib meyakini adanya kehidupan selepas mati seperti yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup di dunia) supaya aku mengerjakan amal saleh dalam perkara yang sudah aku tinggalkan.



Ayat itu jelas menunjukkan alam barzakh itu benar-benar wujud, manakala ayat yang menunjukkan azab seksa yang akan menimpa orang yang ingkar ketika berada dalam kubur pula iaitu firman Allah SWT dalam surah al-Mukmin ayat 46 yang bermaksud: “Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (ketika mereka berada di alam barzakh).”


Gambaran lain azab bagi mereka yang ingkar ketika sakaratulmaut seperti dalam surah al-An’am ayat 93 yang bermaksud:

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang yang zalim itu dalam penderitaan sakaratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (daripada tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya.”

Sebuah hadis riwayat al-Bukhari, daripada Aisyah katanya: “Dua wanita tua daripada kalangan Yahudi Madinah sudah masuk menemuiku lalu mereka berkata: “Sesungguhnya penghuni kubur diseksa di dalam kubur mereka.”

Aisyah berkata: “Aku menafikan mereka dan tidak percaya pada mulanya. Lalu mereka keluar. Dan masuk pula Rasulullah SAW menemuiku maka aku pun khabarkan apa yang terjadi (mengenai wanita Yahudi berkenaan).

Baginda bersabda: “Benar (wanita Yahudi berkenaan), sesungguhnya mereka diseksa dengan seksaan yang boleh didengar oleh semua binatang.”

Aisyah berkata: “Selepas peristiwa itu aku tidak pernah melihat Baginda solat melainkan setelah itu Baginda memohon perlindungan daripada siksaan kubur.

Daripada Zaid bin Tsabit r.a, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama Baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan hampir saja Baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan, lalu Baginda SAW bertanya: “Siapakah antara kamu yang mengetahui penghuni kubur ini?” Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi: “Bilakah mereka mati?”

Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya umat ini (penghuni kubur ini) sedang diseksa di dalam kubur mereka. Andai kata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu seksaan kubur seperti yang aku mendengarnya.”

Walau bagaimanapun bagi mereka yang beriman dan beramal salih mereka berada dalam kenikmatan Taman Syurga. Wallahualam.

Saturday, June 5, 2010

DIROGOL dan dibunuh

Itulah nasib dua remaja perempuan, Amber Dubois, 14, dan Chelsea King, 17, di Escondido, California, Amerika Syarikat (AS) apabila menjadi pemuas nafsu lelaki gila seks, John Albert Gardner, 32.

Kisah jenayah kejam yang menimpa kedua-dua gadis itu mula menjadi perhatian penduduk dan media tempatan di AS apabila sekumpulan pekerja pembersihan di Escondido secara tidak sengaja menemui rangka manusia di sebuah taman rekreasi pada Mac 2009.


Penemuan berkenaan sekali gus membongkar misteri kehilangan kedua-duanya yang dilaporkan hilang pada Februari 2009.


Pada mulanya Amber dan Chelsea dipercayai diculik sekumpulan lelaki untuk mendapatkan wang perlindungan, namun selepas beberapa hari tiada tuntutan dibuat terhadap keluarganya, polis mula mencari kaitan lain kehilangan mereka.


Penemuan rangka manusia berkenaan memberi satu perkembangan baru terhadap siasatan yang dilakukan apabila mereka mengenal pasti ia milik Amber.


Siasatan menyeluruh di kawasan terbabit kemudian menemui satu lagi mayat wanita dikenal pasti sebagai Chelsea yang tertanam di satu sudut sunyi berdekatan tasik.


Penemuan demi penemuan itu membongkar misteri kehilangan serta punca kematian mereka apabila analisis dilakukan forensik menemui satu tompokan kesan air mani pada pakaian milik Chelsea.


Bermula daripada situ, polis mula mempercayai kemungkinan kedua-dua mangsa dirogol sebelum dibunuh dan ditanam di kawasan berkenaan.


Nyaris dilarikan ke Lombok

Oleh Nor Husaini Nor Majid

am@hmetro.com.my
2010/06/05





KULIM: “Adam tiba-tiba memasuki teksi yang saya naiki dan menyuruh pemandu membawa kami ke stesen bas Kulim.

“Dia memujuk saya untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur. Saya mengikutnya kerana tiada hala tuju ketika itu,” katanya yang menceritakan pengalaman pertamanya lari dari rumah. Seolah-olah dipukau, Hidayah yang keluar rumah tanpa memakai pakaian sekolah kira-kira jam 7 pagi kelmarin, mengikuti Adam ke stesen bas itu untuk mendapatkan tiket ke Kuala Lumpur pada jam kira-kira 9 pagi.


Bagaimanapun, hajat warga Indonesia itu untuk melarikan Hidayah tidak kesampaian apabila wang yang dibawanya tidak mencukupi dan penjual tiket bas yang mengesyaki tingkah laku mencurigakan lelaki itu kemudian bertindak menghubungi polis.


“Dia hanya mempunyai RM35 ketika itu dan tidak cukup untuk beli dua tiket bas ke Kuala Lumpur. Ketika menunggu di stesen bas, dua orang polis datang memeriksa Adam dan saya,” kata anak sulung dari enam beradik itu.


Pihak polis yang tiba kemudian membawa Hidayah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


“Saya sangat takut ketika dibawa ke balai polis kerana tidak membawa kad pengenalan dan selepas disoal siasat pegawai polis, saya memberitahu tujuan saya ialah untuk lari dari rumah,” katanya. Polis yang berjaya menjejaki keluarga remaja itu kemudian mempertemukan Hidayah dengan ibu bapanya di IPD Kulim, kira-kira jam 11 pagi. Hidayah berkata, dia bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa warga Indonesia itu dan berjanji tidak akan lari dari rumah lagi.


Sementara itu, ibu mangsa, Azlina Azmi berkata, dia sangat terkejut dan cemas kerana polis datang menjemputnya bersama suami di tempat kerjanya di sebuah kilang yang terletak berhampiran rumahnya. “Saya sangat risau dan suami tidak menceritakan apa yang berlaku. Ketika sampai di IPD Kulim barulah saya tahu Hidayah cuba lari dari rumah dan ditahan bersama seorang warga Indonesia yang juga jiran saya,” katanya. Azlina berkata, ketika itu suaminya menjadi sangat marah dan mula menyoal warga Indonesia itu yang dipercayai buruh ladang kelapa sawit.


"Kami langsung tidak mengesyaki Hidayah akan lari dari rumah kerana kami keluar awal untuk bekerja dan dia pula memberitahu akan ke sekolah. "Tambah pelik ialah dia sanggup mengikuti warga Indonesia itu kerana saya tidak pernah melihat mereka bercakap sebelum ini," katanya. Azlina berkata, dia bersyukur kerana niat warga Indonesia itu mahu membawa anaknya ke Kuala Lumpur akhirnya memerangkap mereka sehingga ditahan polis.


Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak polis menerima panggilan dari orang awam yang mengesyaki tingkah laku pasangan itu dan sebuah kereta peronda dihantar untuk memeriksa.


“Setelah pemeriksaan dibuat, pasangan itu dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut dan lelaki warga Indonesia itu ditahan kerana tiada dokumen lengkap,” katanya sambil menambah Hidayah diserahkan semula kepada keluarganya selepas soal siasat dijalankan.



Friday, June 4, 2010




  • Dua lagi kes ILI dikesan 12:10:15 PM

    KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menerima laporan kejadian kluster penyakit serupa Influenza ...

Umpan  karaoke
AMPANG: Pemandu teksi durjana yang juga perogol bersiri membabitkan sekurang-kurangnya 10 pelajar sekolah sekitar daerah Ampang Jaya di sini, dikesan kerap menggunakan taktik membelanja mangsa ke pusat hiburan karaoke secara percuma sebagai umpan awal sebelum memperkosa mangsa.







AMPANG: Pemandu teksi durjana yang juga perogol bersiri membabitkan sekurang-kurangnya 10 pelajar sekolah sekitar daerah Ampang Jaya di sini, dikesan kerap menggunakan taktik membelanja mangsa ke pusat hiburan karaoke secara percuma sebagai umpan awal sebelum memperkosa mangsa.

Pemandu teksi berusia 54 tahun itu didakwa turut menggunakan pil khayal dipercayai Eramin 5 untuk membuatkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Taman Muda, Ampang di sini untuk diperkosa.


Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bersama dua rakan sebelum ini berkenalan dengan pemandu teksi terbabit yang kerap menawarkan mereka perkhidmatan teksi percuma ke mana-mana destinasi dikehendaki.


“Pemandu teksi itu kerap menggunakan pendekatan psikologi selain pandai mengambil hati kami yang menyangka dia benar-benar pak cik budiman. Malah, kami tidak perlu membayar sesen pun tambang teksi setiap kali menggunakan perkhidmatannya.


“Kami hanya perlu menghubungi telefon bimbitnya dan pemandu teksi terbabit akan datang mengambil kami di rumah. Malah, dia kerap membelanja kami menyanyi di karaoke selain diberikan pil khayal untuk berseronok,” katanya ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini untuk membuat laporan berhubung kes rogol dan cabul oleh suspek, petang semalam.


Mangsa yang berusia 17 tahun datang membuat laporan polis bersama dua rakannya yang turut menjadi mangsa cabul pemandu teksi terbabit pada Ogos tahun lalu, “Saya sebelum ini takut membuat laporan polis kerana pernah diugut rakaman klip video kami ketika diperkosa akan disebarkan kepada umum sekiranya kami membuat laporan polis.


“Ugutan itu menyebabkan kami tertekan dan terpaksa menjadi hamba seks pemandu teksi terbabit yang menghubungi kami dan memaksa melakukan hubungan seks dengannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Ampang, semalam.

Menurutnya, seorang remaja perempuan tidak dikenali turut didakwa menjadi dalang perbuatan jijik itu apabila merakam video setiap mangsa yang diperkosa atas arahan pemandu teksi terbabit.


Dia yang pernah dirogol tampil membuat laporan polis selepas dipujuk rakan lain kira-kira jam 4.30 petang.


Tiga mangsa terbabit bertemu Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan dan pegawai penyiasat kes terbabit sebelum keterangan lanjut direkodkan.


Sehingga kini enam mangsa sudah tampil membuat laporan sejak suspek diberkas polis, Isnin lalu. Dipercayai sekurang-kurangnya 10 remaja sekolah pernah menjadi mangsa pemandu teksi terbabit yang pernah bekerja sebagai wartawan sambilan sebuah akhbar berbahasa Cina di Johor Bahru, sebelum ini.


Sementara itu, Abdul Jalil yang dihubungi berkata, pihaknya dalam proses mengambil keterangan tiga remaja perempuan terbabit bagi memastikan sama ada maklumat diberikan tepat dan ada kaitan dengan pemandu teksi ditahan itu.


“Setakat ini hanya tiga mangsa yang benar-benar dikenal pasti pernah menjadi mangsa dan saya yakin sekurang-kurangnya 10 remaja wanita pernah dicabul pemandu teksi itu. Saya harap amngsa lain turut tampil membuat siasatan polis,” katanya.


Difahamkan aktiviti jahat pemandu teksi itu terbongkar selepas dua pelajar yang datang dari sekolah sama di Pandan Indah, membuat laporan polis pada 20 Mei manakala mangsa ketiga berbuat demikian pada 29 Mei lalu.


Menurutnya, polis kemudian memasang jerat di perhentian teksi di Jalan Imbi, di sini, selama tiga hari dan menangkap suspek kira-kira 9.30 malam Isnin selepas berlaku pergelutan.

Polis kemudian menemui telefon bimbit suspek yang mengandungi rakaman mangsa menjerit, menangis dan merayu kepada pemandu teksi ketika diperkosa.


Rakaman video itu digunakan suspek sebagai bahan ugutan dan menjadikan enam pelajar sekolah menengah sebagai hamba seks sejak setahun lalu. Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah seksual itu.


Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.






  • Dua lagi kes ILI dikesan 12:10:15 PM

    KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menerima laporan kejadian kluster penyakit serupa Influenza ...

Jual tubuh demi kekasih
KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.








aaaaa

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan. “Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.


“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.


“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.

“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.


Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata,
malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.


Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.


“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.


“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.


Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu
sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.