NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Wednesday, April 28, 2010

Pendidikan seks perlu diajar disekolah

Pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah. Ianya adalah perlu untuk menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar perempuan terutamanya bahawa perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah perlu ada batas-batas tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak di-ingini.


Ini adalah kerana tanpa kesedaran itu, para pelajar terutamanya yang masih terlalu muda dan tidak tahu apa-apa itu, akan terperangkap dalam suatu keadaan yang menyebabkan mereka melakukan perhubungan terlarang itu sama ada secara sedar atau pun mereka menjadi mangsa keadaan yang menyebabkan berlakunya perkara itu.


Tanpa kesedaran itu, tidak hairanlah jika anak-anak gadis remaja seawal usia 12 tahun sudahpun melakukan hubungan seks dengan teman-teman lelaki mereka yang lebih berusia atau pun yang seusia dengannya. Ini adalah kerana tanpa pendidikan seks, mereka tidak tahu pun perkara yang mereka lakukan itu adalah salah, tidak dapat diterima oleh masyarakat dan dilarang oleh agama.


Dengan itu mereka tanpa rasa takut, tanpa rasa bersalah dan tanpa terselit sedikit pun perasaan was-was, dengan senang hatinya anak-anak gadis itu merelakan teman lelaki mereka melakukan perkara terkutuk itu dengan anggapan perkara itu adalah perkara yang biasa yang tidak mendatangkan sebarang masalah dan tidak dilarang oleh agama.


Tambahan pula dengan keadaan semasa, dunia terbuka tanpa sempadan yang membolehkan anak-anak remaja terdedah kepada bahan-bahan yang mendorong mereka melakukan hubungan terlarang itu seperti melalui internet ataupun melalui rangsangan-rangsangan yang dihantar oleh kawan-kawan mereka dengan menggunakan telefon bimbit, menyebabkan anak-anak remaja yang belum matang dan naif itu mempunyai keinginan untuk mencubanya, mencuba sesuatu yang membahayakan diri mereka.


Jadi janganlah terkejut kerana semakin ramai anak gadis yang berumur 12 tahun dan 13 tahun dah hilang daranya. Anda pula janganlah meminta buktinya, kerana maklumat-maklumat itu adalah sulit dan terlalu peribadi yang tidak boleh disampaikan kepada sesiapa pun melainkan jika anda mempunyai perintah mahkamah.


Begitu juga remaja yang berada ditingkatan 2 dan tingkatan tiga, terlalu banyak kes yang menunjukkan bahawa golongan gadis sunti ini terlalu mudah tewas dengan pujukan lelaki ataupun menjadi mangsa.

Ada juga yang secara sukarela mencari nahas bukan kerana pujukan teman lelaki tetapi kerana mereka berkawan dengan kawan-kawan yang aktif melakukan hubungan terlarang itu, menyebabkan timbulnya keinginan pelajar-pelajar menengah rendah itu untuk melakukan perkara yang sama. Dan sudah tentunya kawan-kawannya yang dah pun rosak itu akan mempelawanya menyertai program-program yang akhirnya menjurus kearah berlakunya perkara yang memalukan itu.


Sesungguhnya maklumat-maklumat yang sampai kepada pihak kaunselor sekolah adalah begitu menakutkan dan menunjukkan trend peningkatan! Soal selidik yang dijalankan secara rambang oleh kaunselor-kaunselor sekolah membuktikannya. Oleh itu perkara seperti ini harus dikawal dan dihentikan! Caranya tidak lain tidak bukan ialah meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar supaya tidak melakukannya dan ajar cara-cara untuk mengelakkan diri mereka jadi mangsa.


Maka kita tidak mempunyai pilihan selain dari memperkenalkan pendidikan seks disekolah-sekolah untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang bahayanya hubungan iu dan cara-cara untuk mengelakkan darinya berlaku perkara-perkara itu. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian pendidikan adalah digesa menggubal sukatan pendidikan seks disekolah dan menjadikannya satu mata pelajaran yang wajib dipelajari semasa ditingkatan satu.


Untuk itu adalah disyarankan agar kementerian pendidikan mempelawa pihak-pihak berikut untuk mendapatkan pandangan dan gambaran yang lebih jelas mengenai perkara-perkara yang patut dimasukkan sebagai sukatan ataupun kandungan yang perlu ada dalam pendidikan seks di sekolah. Antara nya ilah
- kaunselor-kaunselor sekolah.
- pihak jabatan kebajikan masyarakat,
- pihak polis,
- jabatan agama
- jabatan kesihatan
- lain-lain jabatan yang dikira ada hubungkait dengan masalah ini.

Ini adalah kerana pihak-pihak berkenaan mempunyai maklumat-maklumat dan data-data yang diperlukan dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran untuk menimbulkan kesedaran pelajar-pelajar itu tentang bahayanya hubungan terkutuk itu. Ingatlah, ianya bukan semata-mata pelajaran dari segi biologi, tetapi lebih kepada pendidikan moral dan agama!


Pendidikan seks sebagai sebahagian dari mata pelajaran sains tidak akan dapat mengatasi masalah ini. Ini adalah kerana apa yang kita hendak atasi adalah masalah moral dan sikap yang menyebabkan terjadinya masalah moral ini.


Sehubungan dengan itu, perkara-perkara berikut hendaklah dititikberatkan, diutamakan dalam penyediaan Sukatan Pendidikan Seks di sekolah itu:-
- pengenalan sebab-sebab berlakunya hubungan terlarang itu.
- perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya rangsangan nafsu yang perlu dielakkan,
- pengenalan sebab-sebab anak-anak gadis jadi mangsa penipuan lelaki.
- macamana anak-anak gadis terjerat dengan cinta palsu, kononnya diminta membuktikan cinta
- perlunya ada batas-batas perhubungan antara lelaki dan perempuan.
- larangan pergaulan bebas dalam agama, sebab musababnya,
- cara-cara mengelakan diri jadi mangsa lelaki yang berniat jahat
- kesedaran bahayanya hubungan telarang seperti mengandung anak luar nikah, dibuang sekolah, kena jangkitan HIV dll.
- cemuhan masyarakat terhadap perempuan yang mengandung luar nikah,
- masa depan yang gelap dan hina mungkin berakhir denga kerjaya sebagi pelacur.


Haruslah diberi peringatan agar anak-anak gadis memikirkan masa depan mereka. Sekiranya mereka tidak menjaga maruah diri mereka, kemungkinan besar kehidupan mereka akan berakhir dilembah kehinaaan seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas ini. SEBAHAGIAN daripada 12 tukang urut yang dipercayai pelacur ditahan dalam operasi di sebuah premis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semalam.


Jadi dengan menjemput pihak-pihak yang berkaitan itu, pastinya kementerian pendidikan dapat merangka sukatan pendidikan seks itu, apa yang perlu dimasukkan dan apa yang tidak perlu dimasukkan. Ingatlah pendidikan seks disekolah bukanlah untuk mengajar pelajar-pelajar itu melakukan seks tetapi untuk menyedarkan mereka supaya tidak melakukan hubungan itu dan cara-cara mengelakkan diri jadi mangsa.


Ingatlah: hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud seperti berikut: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi". Melihat kepada hadith tersebut, jelas sekali bahawa semua anak yang dilahirkan adalah suci sifatnya.


Maka adalah menjadi tugas kita semua,
agar anak-anak remaja kita di-didik menjadi Islam sejati
bukannya hanya mengikut hawa nafsunya sendiri,
tanpa ada seorang pun yang sudi
memberi tunjuk ajar kepadanya apa yang perlu dipelajari
dan kita juga hendaknya janganlah pentingkan diri sendiri
membiarkan mereka itu sendiri-sendiri
membiarkan mereka itu menjadi guru pada diri mereka sendiri,
yang akan menyebabkan kita menyesal nanti di kemudian hari.

Ingatlah, ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak peribadi seseorang anak sama ada menjadikannya ia seorang yang berbudi pekerti mulia atau menjadi sampah masyarakat.

Begitu juga pihak berkuasa haruslah melaksanakan tugasnya memimpin masyarakat. Tentunya kepimpinan yang diharapkan adalah kepimpinan yang berlandaskan syariat Islam sejati bukannya versi Islam yang terpilih-pilih, yang mana memenuhi hajat dihati.


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang.



RENCANA

Pendidikan seks wajar

Sebagai seorang doktor perubatan yang terlibat memberi ceramah pendidikan seks kepada pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan, penulis ingin berkongsi pandangan dan pengalaman dengan pembaca tentang isu pendidikan seks yang sedang hangat dibahaskan sekarang.


Tujuan utama pendidikan seks adalah untuk menyedarkan remaja tentang implikasi hubungan seks sebelum berkahwin dan supaya mereka berkata 'TIDAK' kepada seks sebelum berkahwin.


Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekali gus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja dan pengguguran bayi.


Kajian yang dilakukan oleh penulis bersama rakan penyelidik lain dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia pada 2007, melibatkan pelajar sekolah menengah di Kelantan, mendapati bahawa tahap pengetahuan mereka tentang seks dan kesihatan reproduktif terutama sekali tentang kehamilan dan penyakit jangkitan kelamin adalah amat tidak memuaskan. Misalnya, masih ramai pelajar beranggapan kehamilan boleh dicegah jika membasuh faraj selepas melakukan hubungan seks. Saya berpendapat fakta itu sedikit sebanyak menyokong keperluan pendidikan seks.


Tidak dinafikan elemen yang perlu diketengahkan dalam pendidikan seks (organ reproduktif, mengandung, masa depan yang gelap, tekanan mental, HIV dan penyakit kelamin) telah diterapkan di dalam subjek Biologi, Sains, Moral, Agama dan Pendidikan Kesihatan di sekolah walaupun tiada subjek khusus bernama Pendidikan Seks.


Persoalannya ialah sejauh manakah keberkesanan pendidikan seks tersebut? Ini adalah kerana penerangannya hanya sambil lalu dan tidak berfokus! Jika usaha yang ada sekarang dilabelkan sebagai kurang berkesan, apakah faktor yang mendalanginya serta apakah langkah untuk mengatasi kekurangan yang ada?


Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mengakui ketidakyakinan guru untuk mengajar pendidikan seks kerana kekurangan latihan dalam bidang tersebut. Sememangnya elemen seperti pencegahan kehamilan, komplikasi kehamilan remaja, pengguguran bayi, penyakit HIV dan penyakit jangkitan alat kelamin adalah topik perubatan yang semestinya agak sukar untuk disampaikan oleh mereka yang tidak terlatih dalam bidang perubatan dan kesihatan.


Oleh itu, penulis sangat bersetuju dengan usaha memberi latihan khusus kepada guru terlibat oleh pakar yang mahir dalam bidang tersebut untuk meningkatkan tahap keyakinan dan kemahiran mereka. Teknik penyampaian berkesan dengan menggunakan alat bantuan mengajar tertentu seperti gambar juga perlu untuk membantu pelajar memahami dan menghayati perkara yang disampaikan.

Sanggup lari berbogel elak dicekup

Posted on the April 26th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz

Kementerian Pendidikan disarankan agar bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu yang telah mempunyai modul khas dan telah biasa menjalankan program pendidikan seks dan reproduktif kepada remaja. Program yang telah sedia ada di sekolah seperti Kelab Kesihatan Sekolah dan Doktor Muda harus dimanfaatkan untuk mendapatkan khidmat kakitangan kesihatan bagi menyampaikan pendidikan seks di sekolah.


Selain itu, elemen pendidikan seks yang sedia ada harus disesuaikan dengan budaya dan agama kita. Jika di negara barat, mereka 'menghalalkan' hubungan seks tanpa nikah dan menekankan kepentingan penggunaan kaedah pencegahan seperti kondom, kita seharusnya menekankan remaja kita supaya memilih cara hidup beragama dan memilih untuk tidak langsung melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan!


SEBAHAGIAN daripada 36 GRO bertindak menutup muka ketika ditahan di Taman AST, Seremban, semalam.

Oleh itu, langkah pencegahan yang dituntut oleh agama untuk mengawal nafsu agar tidak terangsang dan terdorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menghampiri perzinaan seperti menonton bahan lucah, berpakaian sopan dan tidak berdua-duaan di tempat sunyi haruslah ditekankan sebagai elemen penting dalam pendidikan seks. Di samping itu, kesedaran tentang kepentingan memelihara maruah diri, menghargai masa remaja yang singkat dan penuh bermakna serta menerbitkan rasa hormat remaja lelaki terhadap gadis remaja juga memainkan peranan yang penting.


Apakah umur yang sesuai untuk remaja menerima pendidikan seks? Persekutuan Pertubuhan Perancang Keluarga Malaysia telah melaporkan pada tahun 2002, remaja Malaysia terlibat dengan hubungan seks seawal usia sembilan tahun termasuk menjadi mangsa rogol. Pendidikan seks tidak seharusnya hanya tertumpu kepada usaha untuk membanteras hubungan seks 'suka sama suka' tetapi juga mencegah anak-anak gadis remaja dari menjadi mangsa!


Meneliti buku teks Kementerian Pendidikan, pelajar sekolah di Malaysia telah didedahkan tentang anatomi tubuh badan seawal usia tujuh tahun (darjah satu). Unsur pendidikan seks boleh diterapkan di sini, misalnya dengan menerangkan tentang anggota badan yang sulit (private parts) tidak boleh disentuh oleh orang lain termasuk ahli keluarga sesuka hati.


Walaupun sebahagian besar masa remaja dihabiskan di sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting. Di samping memantau tingkah laku anak-anak, ibu bapa juga disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan pendidikan seks. Paling penting, masyarakat harus sedar pendidikan seks janganlah disalah tafsirkan sebagai mendidik anak tentang kaedah melakukan hubungan seks tetapi pendidikan seks yang perlu untuk menanam pemikiran agar mereka menjauhi hubungan seks sebelum berkahwin.

PENULIS Ialah Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan MasyarakatPusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia


Nota: Rencana ini belum siap sepenuhnya dan akan diperkemaskinikan dari masa kesemasa.

DrMas Mohd Satu's Photos - Lihatlah betapa teruknya gejala Zina-Buang Bayi Yg Melanda

Photo 38 of 167 Back to Album · DrMas's Photos·DrMas's Profile


No comments:

Post a Comment