NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Wednesday, May 5, 2010

JERAT CINTA - PELAJAR SEKOLAH DIROGOL TEMAN LELAKI



Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.


Bahana nafsu Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

mainpix1

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu, rumah perlindungan wanita pun akan mencatatkan peningkatan kes wanita yang mengandung tanpa suami, memohon untuk mendapatkan ‘perlindungan dan tempat berteduh sementara menunggu kelahiran’. Dan selepas itu jugalah pula akan berlakunya kes buang bayi di seluruh negara sama ada yang ditemui masih hidup atau hanya janin sahaja yang dibuang di pelbagai tempat seperti dalam semak, longkang, ditangga masjid, depan rumah, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana pada umumnya ia membabitkan pasangan yang belum bernikah melakukan hubungan yang dicegah oleh agama sehingga menyebabkan terjadinya hubungan seks tanpa nikah. Apabila dah mula berpegangan tangan, bergurau senda diluar batasan, maka nafsu pun mulalah terangsang. Maka ketika itu, soal dah kahwin nikah atau belum diketepikan, soal berdosa atau tidak juga diketepikan buat sementara, begitu juga soal mengandung atau tidak, diketepikan kerana nafsu pun dah bermaharalela dan menguasai diri. Yang penting ketika itu, ialah keseronokkan yang begitu menggapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan dalam konteks hubungan intim tanpa nikah memanglah sesuai dan berpadan dengan tingkahlaku dan perbuatan mereka yang tidak bermoral itu. Bahkan bagi remaja yang tidak mempunyai asuhan agama yang teguh, soal bertukar-tukar pasangan bukanlah masalah besar. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku apatah lagi dikalangan umat Islam, tetapi sayangnya mereka itu hanyalah Islam pada nama, tidak dihati, bahkan kebanyakkan yang melakukannya adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama islam seperti solat, hadas kecil hadas besar dan sebagainya.

Apabila dikaji, diteliti dan diselidiki sebahagian besar dari mereka yang terlibat dalam perkara-perkara semacam ini adalah tidak mengerjakan sembahyang lima kali sehari, tidak berpuasa, tidak tahu apa itu hadas kecil hadas besar, tidak tahu mengaji Al Qur'an bahkan membaca alfatihah pun tidak tahu. Dan ada yang lebih teruk lagi, iaitu ada juga yang tidak tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah. Beginilah teruknya anak-anak muda kita. dahlah begitu perbuatan bertepuk bertampar antara lelaki, bersalaman antara lelaki dan perempuan adalah merupakan perkara yang biasa bagi mereka. Bagi mereka perkara-perkara semacam itu tidaklah salah dan merupakan norma-norma kehidupan mereka.

Jadi jika mereka mempunyai norma-norma sebegini, maka senanglah bagi mereka mengikut teman lelaki kesana sini. Oleh itu anak-anak gadis ini akan terdedah kepada hubungan terlarang dan terjebak dalam masalah sosial.


Bagi pelajar-pelajar sekolah agama pun, mereka juga akan terpengaruh dengan jerat cinta kerana umur mereka yang terlalu muda kebiasaannya di tingkatan satu ataupun ditingkatan dua, yang mana akal fikiran mereka belum lagi matang untuk menimbang baik buruknya sesuatu perkara dan ilmu agama yang ada pun hanyalah sekelumit cuma, tidak cukup untuk dijadikan asas pertimbangan dalam tindakan mereka.

Maka golonagn-golongan ini akan dengan mudahnya mengikut teman lelaki mereka kesana sini dan akhirnya terjadilah perlakuan "mengawan" tanpa nikah.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, apabila nafsu dah bermaharaja lela tambahan pula dengan teman lelaki yang tercinta. Itulah sebabnya pendidikan seks perlu diajar kepada mereka agar mereka menjauhi perkara-perkara yang mendorong kepada terangsangnya nafsu. Perlakuan-perlakuan yang menghampiri zina hendaklah dijauhi sama sekali barulah nafsu dapat dikawal. Jika tidak, alamatnya nafsu yang bermaharalela akan menghilangkan segala pertimbangan mengenai dosa pahala, baik buruknya perbuatan mereka ketika itu. Hanya selepas itu, barulah menyesal. Tetapi tak lama, ialah apabila percintaan dan belaian kasihsayang antara remaja itu menaikkan nafsu lagi, maka berulanglah lagi peristiwa yang tak sepatutnya berlaku itu. Lama kelamaan, hilanglah perasaan atkut, malu dan berdosa. Alah bisa, tegal biasa.

Kenyataan mengenai "musim mengawan" ini bukanlah omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ianya berlaku secara konsisten menunjukkan trend berkenaan berlaku dalam tempoh selepas tiga bulan sehingga sembilan bulan selepas sesuatu perayaan ituberlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.


Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi. Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.


“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat-pusat yang lain, kes-kes tersembunyi dan tidak dilapurkan semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.








Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta

BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran tanpa menyedarinya perkara itu akan menyebabkan mereka terjerat "untuk mengawan". Mereka akan berpacaran untuk melepaskan rindu yang terpendam sebaik sahaja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan… sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.


Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama: SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan kerana keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ianya bukanlah tembok kebal yang kukuh untuk menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung bersama-sama setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu sememangnya perancangan teman lelakinya, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Maka hanyutlah Sara dan pasangannya atas runtunan nafsu dan desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima. “Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua: INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan. “Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Lidah kelu untuk berkata…







13 Februari 2010

Kes Buang Bayi / Ustaz Meraba / Bapa Tiri Rogol Anak Tiri


Baru-baru ini dalam Harian Metro dipaparkan kes-kes berikut ;

· Kes buang bayi mati hingga dihurung semut.
· Kes Ustaz yang dituduh mencabul anak muridnya.
· Kes Bapa tiri merogol anak tirinya.

Di sini saya ingin membuat sedikit analisis dari kes-kes tersebut
Pada pendapat saya semuanya ni bermula di hati. Hati yang dikotori dengan sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat buruk akan menghasilkan perbuatan atau tindakan yang buruk. Bermula dengan keingin di hati ia akan dicerminkan dengan perbuatan. Perbuatan itu pula ada yang bersifat pasif hanya kepada diri sendiri namun demikian ada juga yang aktif hingga berani melibatkan orang lain tanpa memikirkan akibat dari perbuatan tersebut.

MASALAH HATI

Hati yang sukakan kelucahan

PERBUATAN

Menonton Video Lucah
Pasif hanya pada diri sendiri
Melakukan Onani
Mengendap / Voyuerism
Aktif melibatkan mangsa
Meraba / Mencabul
Hubungan seksual
AKIBAT
HUKUMAN
Anak luar nikah / Buang Bayi
Gantung / Penjara / Rotan / Denda / Kompaun
Lari Rumah / Bunuh Diri
Bunuh Mangsa dll

Analogi yang boleh diambil bila memiliki sifat dan sikap buruk atau mazmumah ini ialah seumpama membela seekor binatang yang buas. Semasa ia kecil kita mungkin akan dapat menjaganya dengan baik dan ia bersifat pasif dan nampaknya seperti tak akan menyebabkan sebarang kerosakan. Namun kalau kita terus memberinya makan dan segala keperluannya maka ia akan membesar dan terus membesar di hati. Ia akan menjadi lebih aktif dan masalahnya ialah satu hari ia mungkin sudah dewasa dan dapat menguasai hati hingga ia tak dapat dibendung lagi.


Keadaannya samalah seperti seorang budak yang didedahkan dengan kelucahan melalui video-video lucah yang ditontonnya. Semakin lama ia menjadi seakan makanan ruji harian yang diperlukan saban hari. Semakin lama semakin galak. Lama kelamaan nafsu tak dapat dibendung lagi maka mereka mula mencari jalan untuk melakukan hubungan seks. Maka terjadilah kes budak remaja yang merogol budak sekolah, bapa yang merogol anak, kes sumbang mahram, meliwat, mencabul kehormatan, salahlaku seksual, meraba dan sebagainya.

Lebih teruk lagi kesan sampingan yang yang terjadi dari sifat buruk ini iaitu lahirnya anak luar nikah, buang bayi yang tidak berdosa, lari dari rumah, cubaan bunuh diri dan bunuh diri itu sendiri, mengalami gangguan mental, menghidap penyakit AIDS, masalah dalam rahim dan penyakit seksual yang lainnya yang menjadi bebanan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Hanya kerana ingin melampiaskan nafsu selama beberapa saat ia menyebabkan pelbagai masalah.

Mari kita kaji kes ini;

Dua orang remaja yang melakukan hubungan seks menyebabkan pasangannya mengandung. Si perempuan memberitahu kekasihnya tetapi si lelaki tak mahu bertanggung jawab. Si perempuan cuba untuk mengugurkan kandungan dengan pelbagai cara tetapi tak berjaya. Ingin mencari klinik untuk menggugurkan anak tak tahu dimana disamping tak punya duit untuk berbuat demikian. Mereka buntu dan terpaksa mencari jalan menyorok dan menunggu bayi itu dilahirkan.

Bayi lahir.

Ditinggalkan dimana-mana atau dibuang sama sekali.

Mak bapak menanggung malu, cubaan membunuh diri, lari dari rumah, kalau ditangkap akan dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan dan pelbagai implikasi lain lagi.

Namun demikian banyak juga kes yang tak buntu begini dan punya jalan keluar iaitu mengugurkan anak luar nikah itu, bernikah sebelum perut kembung, memberikan bayi kepada orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya janganlah biarkan sifat mazmumah kelucahan ini bersarang dalam diri, janganlah bela ia hingga ia membesar dan dapat dibendung lagi.

Dan,

Kumpul duit, nikahlah...

Sesungguhnya pernikahan itu sunnah Nabi SAW dan ia sebenarnya menyempurnakan separuh dari iman.


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

WARGA PRIHATIN – 13 Februari, 2010.

Pembunuhan Kejam

Pembunuhan kejam..

Sebelum mendapat petunjuk Allah untuk digunakan sebagai manual kehidupan, perangai asal kita memang tersangat teruk. Darwin dalam teori kejadian manusianya berkata kita berasal dari “kera”.

Meneliti falsafah kejadian manusia ini, memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.

Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).

Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi. Berapa ramai lagi kah bayi buangan yang tidak ditemui?, yg ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang samada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?

Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali se usia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala Zina yg sudah tidak terkawal lagi.

3

Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilapurkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara lansung dalam usaha menanganinya.

Nasihat WP untuk anak-anak gadis yg “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!

Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ ini, bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.

Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah… Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.

“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Bayi ditemui hampir reput dan berulat.

Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.!, janganlah kita jadi lebih teruk ‘dari haiwan’..! (Al-A’raf, 176, 179).? Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.

Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook tersebut untuk melayarinya. Semuga kita dapat menjawab persoalan tuhan kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

WARGA PRIHATIN.




No comments:

Post a Comment