6 JENIS WANITA YANG MUDAH DITIPU LELAKI MIANG
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya anda kena percaya separuh-separuh atau tetapi janganlah percayakan pasangan anda sampai 100%, 90% cukuplah yang selebihnya mesti diperutukkan untuk menimbangkan faktor keselamatan. Maksud saya janganlah memberikan kepercayaan yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasanganrisau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini,melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa,namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masihbelum mempunyai pasangan hidup.
3. Wanita yang suka “nightlife”.
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke atau perkara yang seumpamanya. Yang dimaksudkan disini ialah yang suka kepada “night life”, disko,berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup denganfalsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasamacam-macam..”.
4. Wanita yang amat mengutamakan cinta dan mengenepikan faktor keagamaan.
Sebab itulah terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki.
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki”cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, semakin perlulah anda sebagai wanita berwaspada dan mengingatkan diri anda tentang kemungkinan anda akan terpedaya dan tergoda denagn pujukan rayu “sidia” itu.
Tetapi awaslah kerana bilangan wanita yang boleh diperdayakan oleh lelaki yang kelihatan TAKLAH “handsome” amatlah ramai sekali, kerana golongan ini begitu pandai sekali memikat dan membuatkan wanita tertarik kepada mereka
6. Wanita yang “terlalu sabar” dan kesabarannya "tidak kena pada masanya".
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tanganberulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
~papan iklan seperti diatas hanya boleh dilihat di negeri KELANTAN & KEDAH shj~
No comments:
Post a Comment