Ayah tiri raba tubuh ketika tidur
ZA
Maaf, memang Dang Setia tak dapat menjawab pertanyaan puan dan memang begitulah hakikat kehidupan. Bukan semua persoalan mampu dijawab oleh manusia, malah hakikatnya kita sebenarnya tidak berhak mempersoalkan mengapa sesuatu kejadian itu berlaku.
Ini kerana sebagai manusia, kita perlu insaf bahawa sesungguhnya diri kita ini sangatlah kerdil dan lemah. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT jua yang menentukan segala-galanya..Apabila ketentuan-Nya berlaku, kita kena reda dan pasrah menerimanya, sama ada ia baik untuk kita atau sebaliknya.
Dang Setia juga kesal kerana puan membiarkan kejadian jijik itu berlarutan untuk tempoh lama.
ULASAN:
SEKIRANYA pendidikan seks diajar di sekolah, adalah dipercayai kes itu tidak akan berlarutan sehingga begitu lama, kerana pelajar itu pastinya akan mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor sekolah untuk tindakan yang sepatutnya. Ini adalah kerana dengan adanya pendidikan seks yang diajar kepadanya, pasti remaja-remaja yang menghadapi gangguan seksual tahu mengenai batas-batas perilaku yang dibenarkan, tahu mengenai cara-cara untuk mempertahankan diri dari gangguan seksual, tahu tempat yang sesuai untuk mengadu atau untuk mendapat khidmat nasihat dan sebagainya sebagaimana yang ada dalam sukatan pendidikan seks di sekolah, sekiranya perkara semacam itu berlaku.
Tanpa pendidikan seks itu, remaja-remaja yang menghadapai gangguan seksual pastinya hanya akan memendam sahaja masalah yang dihadapi olehnya kerana tidak tahu tempat mengadu dan juga adanya perasaan aib untuk menceritakan masalah yang dihadapinya.
No comments:
Post a Comment