Bahana Cuba Pil khayal, gadis 13 tahun menjadi korban nafsu kekasihnya
KUALA LUMPUR: Gara-gara bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada usianya, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi korban nafsu serakah kekasihnya itu selepas dipujuk supaya mengambil ketamin buat kali pertama.
Sebaik mengambil dadah sintetik itu, mangsa menjadi khayal sebelum diperkosa.
Sumber polisn berkata, kejadian berlaku pada 27 Ogos lalu apabila mangsa yang masih bersekolah bertemu kekasih hatinya yang dipercayai baru dikenali dalam seminggu.
Menurutnya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumahnya di Kepong di sini menyebabkan mangsa mengambil kesempatan bertemu kekasihnya itu.
Mangsa dipujuk mengikutnya ke sebuah kondominium dengan alasan untuk berehat sambil memenangkan fikiran bersama beberapa rakan lain.
Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang niat jahat mengikut kekasihnya itu. Bagaimanapun, ketika tiba di rumah itu, mangsa mendapati terdapat dua lagi rakan kekasihnya berusia 20-an dalam rumah berkenaan, katanya.
Difahamkan, tiga lelaki terbabit mengambil ketamin sebelum mangsa dipujuk berulang kali supaya mencuba dadah berkenaan. Mangsa yang pada mulanya menolak, bagaimanapun termakan pujukan.
Mangsa yang didapati dalam keadaan hampir pengsan dibawa masuk oleh kekasihnya ke dalam bilik sebelum diperkosa Beberapa jam kemudian mangsa yang tersedar mendapati tubuhnya dalam keadaan separuh bogel, katanya.
Menurutnya, mangsa bertanya kepada kekasihnya sama ada dia diperkosa, namun lelaki terbabit enggan mengaku.
Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumahnya. Mangsa yang bimbang dimarahi keluarganya, bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan tidak menceritakan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, mangsa meluahkan isi hatinya itu kepada rakan karibnya sebelum perkara itu akhirnya sampai ke pengetahuan ibu bapanya. Berikutan itu, mangsa segera dibawa ibu bapanya untuk membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, semalam katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada diperkosa atau sebaliknya.
Polis kini mengesan suspek yang dipercayai memperkosa mangsa berdasarkan keterangan diberikan sebelum ini, katanya.
No comments:
Post a Comment