Kaitan budaya seks bebas dengan kegemilangan dan kemusnahan sesuatu bangsa
Contohnya. tamadun tinggi yang dihasilkan oleh masyarakat Pompeii pada abad ke-8 sebelum Masihi akhirnya musnah tiga kurun kemudiannya adalah kerana masyarakat tersebut mengenepikan nilai-nilai moral dan budaya mereka yang menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya kemusnahan sesuatu tamadun itu dan juga pencapaian sesuatu bangsa tersebut adalah berkait rapat nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada diri mereka. Jika tinggi nilai-nilai kemanusiaan sesuatu bangsa itu, maka akan menjadi kuatlah bangsa tersebut, tetapi jika sebaliknya, masyarakat itu akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.
Berbalik kepada masyarakat Pompeii pada abad ke-8 , pada permulaannya mereka begitu bersungguh-sungguh mencipta kecemerlangan dengan bekerja kuat demi untuk survival dan kemajuan tetapi apabila dah mencapai kemuncaknya, mereka pun mulalah mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan sehingga menyebabkan pihak yang berkuasa semakin tamak dan rakus untuk mengumpul kekayaan dan mengekalkan kekuasaan. serta pada masa membiarkan sahaja perlakuan seks bebas dan terlupa bahawa nilai-nilai yang berlawanan itulah yang menghancurkannya.
Masyarakat Pompeii menemui kehancuran apabila dilaknat oleh Tuhan kerana menjadikan hubungan seks bebas dan luar tabii sebagai budaya. Tinggalan sejarah masih kedapatan dalam keadaan pelaku seks sesama jantina menjadi batu. Peristiwa tragik itu telah menyebabkan 20,000 orang penduduk lenyap. Debu-debu terus menyelinapi setiap penjuru kota termasuk membungkus setiap bangunan, artifek dan hasil seni.
Berasaskan pengamatan sejarah, kesinambungan budaya dan nilai moral adalah prasyarat yang mampu mempertahankan sesuatu peradaban. Meskipun peradaban Islam pernah suatu ketika muncul dalam pentas sejarah manusia mengambil alih peradaban Barat, tetapi kerana sikap pemimpin-pemimpin yang semakin menjauhi Islam menyebabkan berlakunya konflik sesama sendiri membawa kepada runtuhnya peradaban Islam.
Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara yang baru muncul telah mencipta satu demi satu kejayaan yang membanggakan setelah mengalami zaman penjajahan lebih 400 tahun.
Bagaimanapun selaras dengan kemajuan yang dicipta itu, penghayatan institusi kemasyarakatan terhadap cara hidup Islam semakin jauh sehinggalah akhir-akhir ini yang menampakkan wajahnya dengan berlakunya gejala keruntuhan akhlak secara meluas, pecah amanah, rasuah, penyelewengan integriti dan sebagainya yang kita boleh tatapi dan kita dengar dari semasa ke semasa.
Oleh itu tindakan pihak yang berkuasa dan ahli-ahli politik membiarkan sahaja masalah moral ini berlaku secara berleluasa dan bermaharajalela adalah merupakan petanda waktu kehancuran sesuatu umat, bangsa dan tamaddun itu dah pun dekat, dah hampir dengan waktu kehancurannya. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.
Demikianlah juga apa yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia hari ini yang membiarkan sahaja gejala-gejala sosial itu berlaku tanpa sebarang perhatian dan tindakan, bahkan memandang sepi perkara-perkara itu demikepentingan plotik dan kebendaan semata-mata. Sesungguhnya hanya kembali keapada cara hidup beragama sahajalah yang dapat menyelesaikan masalah moral yang kita hadapi kini. Asasnya ialah kehidupan secara berakhlak.Tanpa akhlak, siapalah kita. Tanpa akhlak rosaklah kita, rosaklah bangsa kita.
Para ulama berpendapat bahawa akhlak luhur merupakan pangkal kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
Al-Quran dan sunnah juga meletakkan akhlak luhur sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap amanah, bertanggung jawab, memelihara kehormatan dan sebagainya. Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Al-A'raf ayat 199).
No comments:
Post a Comment