NYARIS DIROGOL DALAM TANDAS!
GEORGETOWN: Seorang pekerja wanita syarikat perkhidmatan bas ekspres di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, nyaris menjadi mangsa rogol dua lelaki, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan bas ekspres di Komtar itu ke tandas seorang diri tanpa menyedari pergerakannya diperhatikan dua lelaki berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata ketika mangsa dalam perjalanan dari pejabatnya ke tandas di tingkat satu Komtar, seorang daripada suspek menyembunyikan diri dalam tandas lelaki.
Sejurus mangsa memasuki tandas wanita, suspek yang bersembunyi di tandas lelaki menarik mangsa dan cuba merogolnya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Gan berkata, mangsa bernasib baik kerana menjerit kuat, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan dan direman sehingga siasatan selesai selain kami mencari rakan suspek yang masih bebas, katanya.
NYARIS DIROGOL DALAM TANDAS!
GEORGETOWN: Seorang pekerja wanita syarikat perkhidmatan bas ekspres di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, nyaris menjadi mangsa rogol dua lelaki, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan bas ekspres di Komtar itu ke tandas seorang diri tanpa menyedari pergerakannya diperhatikan dua lelaki berusia 20-an.
Sejurus mangsa memasuki tandas wanita, suspek yang bersembunyi di tandas lelaki menarik mangsa dan cuba merogolnya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Gan berkata, mangsa bernasib baik kerana menjerit kuat, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan dan direman sehingga siasatan selesai selain kami mencari rakan suspek yang masih bebas, katanya.
No comments:
Post a Comment