Pelajar Tingkatan 3, dirogol bergilir-gilir oleh 15 lelaki!
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek, berkata mangsa dikatakan dirogol di dua tempat berasingan termasuk dikurung di sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah, Sungkai sebelum dihantar di perhentian bas Sungai Kruit, kelmarin.
Sumber : Bharian.com.my
Dirogol bergilir-gilir selepas dijemput balik dari tempat kerja
TAMPIN – Perkenalan singkat dengan seorang anggota tentera membawa padah kepada seorang pekerja restoran apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan bersama dua lelaki lain yang juga anggota tentera.
Sumber memaklumkan, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru tiga hari mengenali salah seorang daripada tiga lelaki terbabit dan dijemput balik dari tempat kerja untuk bersiar-siar serta menjamu selera.
“Pada awalnya, mangsa enggan menerima memenuhi pelawaan lelaki terbabit kerana mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam kereta.
“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan diberi jaminan yang mangsa tidak akan diapa-apakan, mangsa mengikut lelaki berkenaan. Mangsa kemudiannya bersiar-siar di sekitar bandar Melaka dan diajak mandi di sebuah kolam air panas di Alor Gajah,” katanya.
“Lelaki berkenaan juga mengugut mencederakan mangsa sekiranya enggan menurut arahan.
“Bimbang atas keselamatan diri, mangsa terpaksa mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.
SINAR HARIAN 31901 Khamis 13-5-2010
adoi ksian tol la..g lo baby to at ak ker..ak na jge pe..comey kowy..
ReplyDelete