NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Tuesday, May 11, 2010

PENDIDIKAN SEKS DALAM ISLAM



Jangan sempitkan pendidikan seks


Dr. Mastura Badzis

Mega: Apa maksud pendidikan seks hinggakan ramai ibu bapa yang skeptikal dengan topik ini?

DR. MASTURA: Timbul skeptikal dan stigma apabila bercakap tentang pendidikan seks adalah akibat penafsiran yang sempit di kalangan kita. Majoriti kita berpendapat, pendidikan seks itu mestilah melibatkan hubungan seks secara fizikal.

Sedangkan tafsirannya adalah lebih luas. Ia meliputi pengajaran tentang kesihatan, kebersihan, hubungan sosial dan gaya hidup sihat.

Gaya hidup sihat ini merangkumi konsep perkahwinan, menghalang perlakuan seks tanpa nikah dan juga kehidupan beragama seperti sembahyang, mendalami rukun-rukun Islam, Rukun-rukun Iman dan sebagainya.

Sebenarnya, pendidikan ini telah pun berlaku secara tidak langsung di peringkat pra sekolah. Misalnya, apabila kita memperkenalkan anggota badan kepada anak-anak, mengajar mereka bahawa yang boleh membersihkan anggota sulit mereka apabila ke tandas ialah ibu bapa atau guru. Demikian juga sewaktu kita memperkenalkan perbezaan antara lelaki dan perempuan.


Malah, di taska pun sudah diasingkan lelaki dan perempuan. Kalau mandi pun, mereka cepat-cepat pakai tuala kerana rasa malu jika dilihat oleh kawan berlainan jantina.

Begitu juga dirumah, anak-anak perempuan ada bilik tersendiri dan tidak boleh dibiarkan tidur bersama-sama dengan adik beradiknya yang lelaki. Semasa bersembahyang pula, kaum wanita berada di saf belakang terasing dari lelaki. Bukankah itu merupakan pendikan seks peringkat awal yang kita terapkan kepada anak-anak kita tanpa menyedari ianya adalah merupakan pendidikan seks. Begitu juga tatacara berpakaian yang mana anak-anak kita diperkenalkan mengenai aurat, apakah yang dikatakan aurat antara lelaki yang muhrim dan aurat dengan lelaki bukan muhrim dan juga urat dengan wanita bukan Islam. Itu semua pendidikan seks!

Jadi, inilah sepatutnya maksud pendidikan seks yang perlu difahami oleh kita semua.



DR. MASTURA: Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi ibu bapa memahami psikologi anak-anak. Ibu bapa juga perlu mempelajari kemahiran keibubapaan.

Ilmu pendidikan seks ini perlu di susun dan disediakan untuk membolehkan kita mengajarnya disekolah-sekolah, supaya ada sukatannya, apa yang boleh dipelajari dan diajar. Kita tidak boleh buat trial and error kerana kesannya hanya akan dilihat selepas tempoh waktu yang agak panjang. Selain dari itu anak-anak kita juga perlu diajar dan dididik mengikut tahap kemampuan mereka.

Contohnya mengikut ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina berpendapat, umur tiga tahun adalah masa paling baik untuk mendisiplinkan anak.

Imam al-Ghazali pula berkata, masa terbaik adalah umur antara mumayyiz (tujuh tahun) dan baligh. Mumayyiz bermakna anak-anak sudah boleh membezakan yang bersih dan kotor, yang baik dan buruk. Pada usia ini, ibu bapa wajib mengajar mereka tentang istinjak atau bersuci.

Dari sudut perkembangan kognitif pula, teori Jean Piaget menjelaskan, pada umur tujuh tahun kanak-kanak sudah boleh membezakan yang abstrak dan konkrit.

Ia menunjukkan ada titik pertemuan antara pandangan Islam dan juga teori Barat dalam perkara ini.

Manakala mengikut Saidina Umar pula, pada usia 14 tahun iaitu semasa anak-anak kita remaja, ibu bapa perlu menjadikan mereka kawan. Ini supaya anak-anak boleh meluahkan perasaan dan berkongsi cerita suka dan duka mereka. Dan pada masa itulah kita boleh menyampaikan pesanan kepada mereka berkaitan tatacara berpakaian, batasan-batasan pergaulan, menghargai masa dan buat kerja atau berkomunikasi ikut waktu-waktu yang tertentu dan sebagainya. dengan cara itulah anak-anak remaja kita akan dapat memahami dan menghayati keindahan Islam. Hanya dengan cara itulah mereka akan terselamat dari sebarang godaan dan cabaran. Ini semua adalah pendidikan seks!

Dengan demikian setelah memberi mereka pendidikan seks yang mana boleh dibuat dan mana yang perlu dijauhi , insya-Allah, mereka tidak mudah terjebak dengan gejala sosial.

Sebaliknya pula, jika kita tidak mendidik mereka mengenai seks, sebaliknaya menyerahkan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan dan mempelajarinya sendiri tanpa sukatan yang tersusun, maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini dan memalukan.

Mengambil pendekatan menghukum anak-anak remaja semata-mata tanpa memberi pendidikan yang sewjarnya mengenai perkara-perkara yang patut mereka lakukan dan yang tidak boleh dilakukan, akan menyebabkan anak-anak remaja tadi akan memberontak dan semakin liar dan seterusnya mendorong mereka mencari 'kawan-kawan' yang sealiran denganya. Maka dengan itu pastilah mereka pun mulalah terikut-ikut dan terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti melepak, merempit dan sebagainya.

Masalahnya ialah masyarakat Melayu secara umumnya belum terbuka untuk berbincang tajuk seks dengan anak-anak. Adakah elok dikekalkan begitu ada sudah sampai masa kita mengubah persepsi ini?

DR. MASTURA: Saya melihat kita perlu mengubah persepsi ini. Soalnya, jika pendidikan seks tidak diajar di sekolah, apakah jaminan anak-anak kita tidak mempelajarinya melalui Internet.

Ini jauh lebih bahaya daripada yang diajar oleh guru. Di Internet, apakah bentuk tapisan dan panduan yang ada?

Remaja apabila melayari pornografi di Internet akan terdorong untuk mencubanya dalam keadaan mereka sendiri tidak tahu dan tidak memahami konsep hidup sihat.

Sebenarnya, pendidikan seks sudah pun sedikit sebanyak diajar melalui subjek biologi atau sains. Murid-murid telah didedahkan dengan hal seperti pembentukan manusia dan organ-organ dalam badan. Cuma, ia lebih kepada berorientasikan untuk memahami berkaitan dengan organ manusia sahaja dan tiada kaitan langsung dengan moral apatah lagi dengan budaya dan agama.

Oleh itu, ianya tidak mencukupi dan amatlah perlu pendidikan seks diajar sebagai suatu subjek khusus supaya ianya merangkumi apa sahaja perkara yang berkaitan sama ada dari segi fizikal, budaya, pandangan masyarakat, dan yang lebih penting sekali dari segi penghayatan agama Islam dan cara hidup bermoral.

Dalam pendidikan Islam pun, hal berkaitan seks iaitu jantina turut diajar. Contohnya dalam bab munakahat, pergaulan lelaki dan perempuan, tanda-tanda baligh sehinggalah kepada syarat sah solat iaitu mesti suci daripada hadas kecil dan besar.

Bab aurat adalah salah satu contoh Islam menekankan. Aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain.

Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut. Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab yang dibenarkan syarak.

Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Masalah buang bayi berpunca daripada seks bebas. Apa peranan pendidikan seks dalam menangani hal ini?

DR. MASTURA: Saya melihat kita perlu merangka silibus pendidikan seks mengikut acuan dan kehendak kita. Sebabnya, saya melihat pengajaran melalui subjek yang sedia ada gagal menanamkan pemikiran murid-murid menjauhi seks luar nikah.

Mereka hanya menghafal, sedangkan fahamnya tidak. Sebab itu, apabila remaja terjebak dalam seks luar nikah, kita selalu kata mereka kurang didikan agama. Betul, memangnya begitu. Ini disebabkan tiada silibus khusus mengenai pendidikan seks. ianya hanya diajar secara sepintas lalu tanpa menitik beratkan cara-cara untuk mengelakkan berlakunya hubungan seks luar nikah!

Silibus yang hendak diperkenalkan itu nanti perlu memberi penekanan yang seimbang antara teori dan praktikal. Contohnya, murid-murid boleh dibawa melawat rumah orang tua-tua dalam kita mengajar tentang 16 nilai murni dalam pendidikan moral.

Nilai-nilai itu antaranya adalah taat pada ibu bapa, berbakti kepada orang tua dan baik hati. Sayangnya, semua itu tidak boleh dibincangkan daripada sudut teori semata-mata.

Dengan membawa pelajar ke rumah orang tua-tua, mereka dapat melihat sendiri bagaimana boleh menghormati dan berbakti kepada golongan itu.

Demikian juga untuk memberi pendidikan tentang gejala buang bayi. Adalah lebih berkesan jika murid-murid dibawa melawat Rumah Perlindungan supaya mereka dapat melihat dan merasai kesan negatif perbuatan tersebut.

Lebih penting lagi dalam hal ini, untuk kita kembali kepada pokok permasalahan iaitu pergaulan bebas yang membawa kepada perlakuan zina.

Pada masa yang sama, faktor-faktor pendorong berlakunya gejala sosial dan maksiat perlulah kita sekat ataupun kurangkan.


DARI Maimunah Binti Harith r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda: Umatku sentiasa berkeadaan baik selama tidak ada orang yang berzina. Namun sekali zina telah meluas di kalangan mereka, maka azab Allah akan turun kepada mereka semua. (Riwayat Ahmad)

Mutakhir ini, media mendedahkan berita pembuangan bayi yang saya percaya cukup menyedihkan kita semua. Sama ada bayi itu Islam atau bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu, bayi itu tidak berhak diperlakukan sedemikian rupa. Saya merenung permasalahan ini dan bertanya, apakah erti pembangunan yang telah kita bangunkan pada hari ini, jika dalam masa yang sama akhlak manusiawi kita runtuh roboh.


Dalam ISLAM, pendidikan seks bukan saja berkenaan perhubungan suami isteri, pergaulan lelaki dan perempuan, malah lebih dari itu hubungan dosa dan pahala, hubungan kita dengan Allah. Tiada masalah untuk kita serapkan pendidikan tentang biologi manusia sesuai dengan peringkat umur.

Begitu juga dengan susun atur reka bentuk rumah. Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk mengasingkan bilik anak-anak dari ibu bapa. Bila sampai umur 10 tahun kita perlu pisahkan pula anak-anak lelaki dan perempuan. Hari ini setiap rumah kita perlu ada tiga bilik iaitu bilik ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini supaya pergaulan anak-anak lelaki dan perempuan begitu juga ibu bapa punya privacy.


Dalam perancangan perumahan hari ini juga saya lihat ada kawasan perumahan yang tidak ada surau. Surau sebenarnya berperanan untuk menjadi pusat pendidikan agama kepada masyarakat. Di surau pelbagai aktiviti seperti kuliah-kuliah ilmu, solat jemaah, ceramah-ceramah, aktiviti qiamullail dan pelbagai lagi aktiviti lain, boleh dijalankan untuk menyampaikan ceramah dan membolehkan penghayatan ruh islam diamalkan.

Bagaimanapun pembinaan masid dan surau tidaklah bermakna dan tidak akan membawa sebarang perubahan andainya pada masa yang sama kita juga dihidangkan program hiburan yang terang-terangan melanggar hukum-hukum syarak dan juga bertentangan dengan budaya kita, budaya timur, budaya asia dan budaya melayu. Tidak ada gunanya kita bina masjid-masjid yang besar, yang indah-indah tetapi tidak ada pengunjung setianya, tidak dapat menarik perhatian muda mudi untuk memakmurkannya kerana pada masa yang sama kerajaan membenarkan pelbagi jenis pusat-pusat hiburan untuk pelbagai peringkat umur dibiarkan beroperasi tanpa kawalan. Remaja dengan pusat siber kafe dan permainan video, orang tua pula dengan disko dan pusat-pusat perjudian.

Pertembungan antara al-amru bil ma‘ruf dan al-amru bil munkar, juga menjadi virus dalam masyarakat kita. Tilawah al-Quran kita anjurkan, namun

Tambahan pula program-program agama dijalankan pada hari ini tidak lebih tidak kurang hanyalah merupakan acara rasmi dan kosmetik sahaja, bukannya untuk dihayati dan diamalkan. Dengan kekangan, kawalan dan batas-batas yang kadang-kadang tidak munasabah dan tidak profesional, sudah tentu ianya sudah tiada ruh dan tiada sentuhan magik seperti masa dulu. kita perhatikan, jika satu stesen televisyen menyiarkan rancangan forum berekenaan agama, satu lagi saluran televisyen menyiarkan pula acara-acara anugerah muzik ataupun cerita-cerita yang menarik. Itul;ah masaalahnya yang menyebabkan muda-mudi bahkan mungkin kita sendiri tidak menggemari rancangan-rancangan bercorak keagamaan kerana saluran yang lain menawarkan program yang lebih menarik hati. Kadang-kadang kita hendak lihat program ugama, tetapi isteri pula tak bagi ataupun sebaliknya.

Apatah lagi jika berurusan dengan anak-anak, menyebabkan dengan mudah kita mengikut sahaja kehendak mereka, memilih saluran yang mereka kehendakki. Bagi anak-anak, saya yakin tanpa perlu kita susah- susah untuk kaji, jawapannya sudah pasti rating acara anugerah muzik yang lebih tinggi. Inilah cabaran buat kita hari ini.

Kerana itulah saya mahu menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk sama memikul bebanan ini. Ini bukan masanya untuk kita menuding jari, namun masa yang terbaik untuk kita mula bekerja bagi memperkembangkan dakwah ini. Jika semua individu mula bekerja memperbaiki masalah-masalah yang telah kita sebutkan, saya percaya dengan izin Allah SWT kita akan mampu menjadi umat yang terbaik.

Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:


“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]

Ayat 32 ini adalah berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina. Itulah perbuatan yang keji

Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan dan kehidupan manusia.

Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu. Namun pintu zina kembali terbuka.

Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.

Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian akan menyebabkan naik taraf perhubungan itu kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum sambil mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.


ZINA, ZINA. ZINA bukanlah kesudahannya. Tetapi ZINA adalah permulaannya.

Ianya merupakan permulanya untuk siri pembunuhan kejam yang berlaku saban hari. Zina dan pembunuhan akhirnya menjadi lumrah yang tidak terkawal lagi dan menjadi perkara biasa yang tidak perlu diberi perhatian stetlah berlakunya normalisasi dalam minda kita berkaitan perkara itu. Sesungghnya perkara semacam ini tidak pernah terbayang oleh kita terjadi 20 tahun yang lalu, tetapi kini ianya berlaku setiap hari.

Bilakah perkara ini akan berhenti. ataukah mungkin kia hanya menunggu trgadei yang maha dahsyat kerana sikap tidak prihatin kita, membiarkan berlakunay perhubungan seks tanpa nikah secara berleluasa! Tunggulah, itu jika itu yang kita nanti-nanti.

Apakah kita menunggu tsunami ataupun berlakunya gempa bumi, barulah kita sedari dan insafi! Adakah masa itu baru kita hendak memperkenalkan pendidikan seks?


Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah berzina seorang yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah meminum khamr ketika ia meminumnya dalam keadaan beriman. Dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman. Dan tidaklah pula orang yang merampok harta yang orang-orang melihatnya, ia dalam keadaan beriman”. [HR. Bukhari juz 8, hal. 13]



No comments:

Post a Comment