Pelajar tingkatan tiga dirogol sembilan lelaki
Pelajar tingkatan tiga dirogol sembilan lelaki
TELUK INTAN – Seorang remaja berusia 15 tahun dan dua lelaki bersaudara antara sembilan individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di Sungkai pada 28 Februari dan 1 Mac lalu.
kredit : kosmo.com.my
PELAJAR SEKOLAH AGAMA BERUMUR 13 TAHUN DI ROGOL, KENALAN MELALUI SMS
ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Baling, di rumah suspek di Jeniang, Sik, Khamis lalu.
Difahamkan suspek berkenalan dengan mangsa yang berusia 13 tahun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), dua minggu sebelum itu.
Dia kemudian mengajak pelajar itu datang ke rumahnya dan tinggal selama empat hari di situ.
Pada masa sama, keluarga mangsa yang mendapat tahu anak mereka hilang dari asrama sekolah, membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun sebaik mengetahui mangsa dihantar pulang oleh seorang lelaki tak dikenali, bapanya menyoal berkali-kali sehingga kejadian sebenar terbongkar.
Sumber : Bharian.com.my
No comments:
Post a Comment