AMPANG: Manusia berhati iblis. Itu gelaran yang layak diberikan kepada pemandu teksi apabila menjadikan penumpang remaja sebagai mangsa rogol termasuk anak rakannya sendiri.
Bagaimanapun, kelakuan jelik lelaki itu berakhir apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjejaki pemandu teksi berkenaan dan menahannya kira-kira jam 9 malam semalam berhampiran Jalan Imbi.
“Lelaki terbabit dibawa ke balai polis dan hasil siasatan mendapati dia merogol lima remaja sejak beberapa tahun lalu.
“Dua daripada mangsanya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, manakala tiga lagi takut melaporkan kejadian itu kerana diugut,” katanya.
Menurut sumber itu, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit menyimpan setiap aksi seks dilakukannya dengan semua mangsa dalam telefon bimbit dan menggunakannya untuk mengugut mereka.
“Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah itu.
Katanya, lelaki berkenaan dikatakan aktif menjalankan kerja jahatnya itu sejak beberapa tahun lalu dan mensasarkan mangsa yang masih berusia belasan tahun.
“Malah, dia menjadikan anak kepada rakannya sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya sejak 2009 lalu dan dikatakan kerap mengganggu remaja berusia 15 tahun itu.
“Remaja terbabit yang tidak tahan dengan perangai jijik rakan bapanya menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis, Sabtu lalu,” katanya.
Katanya, susulan daripada laporan itu, polis melancarkan gerakan memburu lelaki terbabit dan dia yang berusia 45 tahun itu diberkas.
No comments:
Post a Comment