Apa kata lelaki yang mendapati si gadis hamil?
Malangnya perkara ini tidak disedari remaja perempuan. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) melakukan hubungan seks luar nikah.
Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda melakukan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda pernah direkodkan ialah sembilan tahun.
Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan, 65 peratus daripadanya adalah remaja Melayu!
“Remaja adalah masa di mana seseorang paling bertenaga tetapi tenaga ini digunakan ke arah tidak sepatutnya. Ramai ibu bapa mengakui berdepan masalah mengendalikan anak remaja dan ianya menjadi masalah kedua utama selepas kewangan.
“Ibu bapa perlu faham, remaja adalah zaman peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa. Semua proses yang berlaku ketika peralihan zaman ini memberi kesan kepada perkembangan psikologi mereka.
“Ketika inilah mereka memerlukan panduan ibu bapa supaya tidak terpesong atau terpengaruh dengan anasir tidak baik, terutama dalam bidang hubungan sosial dan seks,” katanya ketika program kesihatan reproduktif dan sosial.
Meskipun ada ibu bapa mulai sedar kepentingan pendidikan seks, tetapi tidak ramai yang bersedia untuk membincangkan topik ini dengan anak-anak mereka bahkan ramai pula yang menentang pendidikan seks di sekolah.
Hasil Kajian Kebangsaan Mengenai Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti Remaja (13 hingga 19 tahun) LPPKN 1994/95 mendapati 42 peratus remaja mendapatkan maklumat mengenai hubungan lelaki-perempuan daripada rakan sebaya.
Kira-kira 62 peratus tidak pernah diberi maklumat mengenai hubungan seksual dan 58 peratus tidak pernah mempunyai apa-apa maklumat mengenai kehamilan.
Kebanyakkan maklumat yang diketahui mereka, baik daripada segi perubahan akil baligh, hubungan lelaki-perempuan, hubungan seks dan kehamilan adalah dari rakan sebaya mereka, i sumber utama untuk mereka mendapat maklumat.
NOTA:
SUMBER rujukan dari rakan sebaya adalah patut dijauhi kerana sebenarnya mereka sama-sama tidak mengetahui tentang bahaya yang sedang menanti dihadapan sana, setakat mana bahayanya itu dan macam-macam hal lagi.
Begitu juga ibubapa bukan semuanya mengerti dan mengetahui perkembangan terkini yang boleh mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya seperti melalui sms, internet dan lain-lain. Jika mereka mengetahuinya, maka sudah pastinya perkara-perkara yang sedang hangat diperkatakan tentang gejala sosial terkini itu, tidak akan berlaku. Ini adalah kerana tidak ada seorang pun ibu atau bapa yang waras, yang normal akan membiarkan anaknya terdedah kepada bahaya.
Begitu juga para guru-guru, janganlah pula mereka dipersalahkan. Ingatlah pelajar-pelajar mereka itu bukannya hanya seorang tetapi beratus-ratus dan didepan mata guru-guru, pelajar-pelajar itu semuanya baik-baik dan kelihatan tidak bermasalah tetapi dibelakang guru, hmmm tahu-tahulah sendiri, macam-macam jadi. Lagipun takkanlah mereka hendak bercakap soal-soal peribadi dengan murid-murid mereka, kerana bebanan tugas guru-guru pun sudah tidak terlarat. Inikan pula mahu meneliti seorang demi seorang.
Jadi langkah terbaik ialah dengan menyediakan masa yang khusus untuk pendidikan seks supaya pelajar-pelajar itu tahu cara-caranya menjauhi diri dari menjadi mangsa hubungan terlarang itu. Dan untuk itu tentulah pihak yang berkuasa, siapa pihak yang berkuasa itu, tentulah UMNO bukannya orang lain lagi.
Tapi hendak harapkan UMNO?
Umpama pungguk rindukan bulan!
tak ada hasilnya.
bahkan ianya bersetuju, terus-terusan begini,
kerana mereka inilah golongan yang bakal mengundinya
untuk terus kekal dipuncak kuasa
untuk terus menjadi kaya, kaya dan semakin kaya
ya itulah pemimpin-pemimpin kita, pemimpin-pemimpin UMNo!
yang mereka tahu, yang mereka ingini
hanya untuk terus kekal dipuncak kuasa,
dan untuk terus menjadi kaya, kaya dan semakin kaya.
Apa pula kata si lelaki durjana
“Antara jawapan utama, yang paling banyak diberikan oleh pelajar lelaki sekolah menengah ketika ditanya reaksi mereka jika teman wanita hamil ialah menuduh teman wanita curang (melakukan hubungan seks dengan lelaki lain) atau melarikan diri. Malah, ada yang berkata sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.
Jadi awaslah, anak-anak gadis semua kerana sebenarnya lelaki durjana itu tak ada niatpun untuk kekal sehidup semati dengan anda.
Yang mungkin ada ialah satu hidup, satu lagi mati, kalau anda mengandung, tanggunglah sendiri, Mungkinmereka akan berkata, bukannnya aku seorang yang kau tiduri, jadi baik aku lari,
Itulah biasanya jawapan yang selalu diberi!
No comments:
Post a Comment