PENDEKATAN BERKESAN TANGANI SALAH LAKU REMAJA
PELBAGAI persoalan menerjah minda kita yang waras ini apabila terbaca pelbagai berita mengenai salah laku di kalangan pelajar atau remaja di negara ini.
Persoalan berkisar psikologi remaja, peranan ibu bapa, sistem pendidikan, fungsi kejiranan, tanggungjawab guru, peranan institusi agama, kemajuan teknologi dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya persoalan ini berhubung kait antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, percubaan untuk merungkai satu persoalan saja tanpa menyelesaikan persoalan-persoalan lain tetap tidak akan dapat menyelesaikan masalah pokok.
Perilaku remaja yang mudah terjebak dalam aktiviti tidak sihat bukanlah perkara yang pelik atau perlu dihairankan. Ini adalah kerana sejak dari dahulu lagi, kajian dalam bidang psikologi menunjukkan pada peringkat remaja, mereka berada dalam keadaan terlalu ingin "mencuba sesuatu yang baru" dalam proses mengenali apa sahaja maklumat dan juga membina kemahiran yang mereka anggap penting untuk mereka dan pada masa yang sama ada juga kemahuan yang tinggi untuk berseronok-seronok.
Tetapi sekiranya apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari adalah perkara-perkara yang tidak baik, maka merekalah yang akan jadi pemusnah negara, menyebabkan negara penuh dengan penagih dadah, remaja yang bermasalah, bayi yang baru dilahirkan dibuang merata-rata, dimana sahaja tanpa mengira tempat dan pelbagai lagi masalah sosial.
Menurut teori perkembangan psikososial ahli psikologi Eric Ericson (1902-1994), pada peringkat ini ia dipanggil ‘stage of learning identity versus identity diffusion (Fidelity)’. Ini proses fitrah, proses semulajadi yang dilalui remaja dalam mencapai kematangan.
Yang perlu kita hairankan ialah apakah yang telah dilakukan oleh golongan dewasa yang kononnya matang, seperti ibu bapa, guru-guru, keluarga, jiran, imam, pemimpin masyarakat dan pemimpin-pemimpin negara terutamanya dalam usaha membimbing dan membentuk golongan remaja menjadi insan yang perkasa dari segi mental dan rohaniah, untuk membolehkan remaja yang mentah ini mengharungi dengan selamat fasa kehidupan remaja, yang penuh dengan semangat keinginan mencuba.
Jika golongan dewasa memainkan peranan dengan betul dan sempurna, maka tidak akan berlakulah pelbagai kes salah laku remaja seperti yang melanda kita pada hari ini. Sebaliknya jika kita terutamanya pemimpin-pemimpin negara terlalu asyik berpolitik dan mengumpul kekayaan sahaja, sebaliknya hanya mengambil sikap tak kisah dan tidak ambil tahu tentang pelbagai masalah sosial remaja-remaja maka akan berlakulah macam-macamlah kisah yang menyayatkan dan mengerikan berlaku hari demi hari.
Mengambil contoh kes zina dan bunuh yang dilakukan remaja. Perkataan bunuh itu bunyinya seperti terlalu dahsyat kerana selama ini perspektif kita juga sudah diprogramkan untuk melihat jenayah ini ‘lebih lembut’ dengan penggunaan istilah seks bebas atau seks luar nikah dan buang bayi. tetapi itulah hakikatnya. Perbuatan buang bayi itu tidaklah jauh sangat bezanya dengan perkataan membunuh bayi, kerana perbuatan itu 90 peratus menjurus kepada pembunuhan bayi!
Kita ambil contoh kes yang kononnya untuk ‘membersihkan’ maruah diri, teman lelaki dan keluarganya; seorang remaja perempuan (penulis tukar namanya kepada XX) berusia 14 tahun membunuh anak yang dilahirkan dengan membuangnya dalam tong sampah. Mari kita buat analisis ringkas untuk melihat siapa yang ‘terbabit’ dalam kes ini.
XX tidak akan membunuh jika dia tidak melahirkan anak haram dan XX tidak AKAN mengandung anak haram jika tidak berzina dengan teman lelakinya (XY).
Perspektif XX dan XY mengenai perkara ini menjadi lebih kukuh dan diyakini jika guru membimbing pelajar-pelajar supaya remaja-remaja itu dapat memahami bahawa hubungan cinta bukanlah sesuatu yang salah tetapi pada masa yang sama haruslah menjauhi pergaulan bebas untuk mengelakkan diri terperangkap dalam dorongan nafsu atau menjadi mangsa lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan atas nama cinta.
Subjek Pendidikan Islam dan Moral hendaklah ditambahbaikkan dari semasa sesuai dengan tuntutan semasa perkembangan yang berlaku disekeliling remaja dan bukannya hanya mengajar pelajaran asas semata-mata, tanpa dikaitkan dengan realiti kehidupan setiap hari. Ia mesti dan sepatutnya menjadi sistem untuk mendidik cara hidup pelajar.
Tetapi itulah yang berlaku hari ini, kebanyakan ustaz dan ustazah tidak menghayati apa yang mereka ajari. Dengan kata lain mereka bukannya mendidik, tetapi hanya mengajar memenuhi tuntutan syllabus akademik semata-mata. Oleh itu tidak hairanlah jika dalam kelas, mereka diajar arak dan zina itu adalah dosa besar tetapi disebabkan pelajar-pelajar itu tidak begitu memahaminya dan tidak mengaitkan perkara itu dalam kehidupan sehari-hari, maka sekelip mata sahaja sebaik sahaja mereka itu berada di luar kelas, maka mereka pun melakukan perkara-perkara yang terkeji itu. Jadi berlakunya kes pembuangan bayi bukanlah perkara yang pelik yang perlu dihairankan.
Jadi saya menyeru kalangan para ibubapa, guru dan pemimpin-pemimpin negara segeralah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda untuk memastikan anak-anak remaja tidak tergelincir dan melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan diri mereka sendiri.
Dan kita sebagai anggota masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kita memilih pemimpin yang berakhlak, prihatin terhadap masalah remaja dan melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyelsaikan gejala sosial remaja ini. Jika pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini buat endah tak endah, tidak kisah dan tidak melakukan apa-apa untuk mengatasinya, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuh menjatuhkan pemimpin-pemimpin itu dan menukarkannya dengan pemimpin-pemimpin yang lebih cenderung kepada agama.
sedarlah rakan-rakanku semua
pemimpin-pemimpin kita
pemimpin-pemimpin negara kita
yang ada kuasa
adalah pemimpin-pemimpin UMNO
apakah mereka kisah masalah sosial remaja?
jawabnya tidak, tidak, tidak,
mereka tidak kisah!
apa kata pemimpin-pemimpin UMNO kita?
ianya bukan soal utama
ianya tanggungjawab ibu bapa
ianya salah remaja sendiri,
apa lagi kata-kata pemimpin-pemimpin UMNO kita?
keutamaan kami ialah menyedikan prasarana
untuk kemajuan negara
bukannya masalah remaja
sedangkan hakikatnya
dalam hati mereka, dalam minda mereka
berkata-kata,
macamana hendak jadi lebih kaya, kaya, kaya?
macamana hendak mengekalkan kuasa?
Itulah agenda utama pemimpin-pemimpin UMNO kita!
Oleh itu, marilah kita sama-sama hancurkan UMNO, musnahkan UMNo
kerana hidupnya UMNO, alamatnya rosak binasalah bangsa kita
HIDUP UMNO -Musnahlah bangsa melayu, hancurlah bangsa melayu,
- hapulah, pupuslah bangsa melayu di muka bumi ini
Sebaliknya dengan hancurnya UMNO, maka bangsa melayu akan berdiri gah, sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain dan duduk sama rendah. Iaitu Melayu akan menjadi bangsa yang bermaruah dan tidak lagi menjadi bangsa yang lemah dan semakin lemah seperti yang kita alami selama ini.
Ingatlah selagi UMNo terus ujud di muka bumi ini, maka bangsa melayu akan terus menjadi bangsa yang lemah dan semakin lemah seperti yang kita alami selama ini.
HANCUR UMNO, MUSNAH UMNO
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA HANCURKAN UMNO, MUSNAHKAN UMNO
HANCUR UMNO, MUSNAH UMNO
No comments:
Post a Comment