Bagaimanapun, masyarakat lupa bahawa seks adalah merupakan semua perkara yang mempunyai kaitan dengan masalah gender dan bukannya semata-mata terbatas kepada perlakuan reproduksi/sexual intercourse sahaja. Ianya juga melibatkan pelbagai perkara sebelum dan selepas berlakunya aksi berkenaan. Maka dengan itu, pendidikan seks adalah merupakan suatu keperluan yang kita mesti sediakan untuk anak-anak remaja kita untuk mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang perlu dihindari. Berkaitan dengan perkara ini, Islam telah pun menetapkan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi dan diikuti, supaya tidak terjadi bencana akibat penyalahgunaannya untuk kepentingan nafsu semata-mata.
Mana lebih baik, sama ada seks dibicarakan secara terbuka dalam suasana ilmiah atau membiarkan pelajar mencarinya melalui Internet yang kesannya lebih berbahaya? Tetapi sayangnya pendidikan seks telah disalah ertikan, telah diputarbelitkan sehingga membina benteng yang cukup kukuh untuk menghalang pendidikan seks di sekolah-sekolah. Ianya telah berjaya membentuk pemikiran bahawa pendidikan seks itu akan mendorong perlakuan seks dan mengujudkan permintaan untuk sessi praktikal yang terkutuk itu.
Alangkah ceteknya, alangkah dangkalnya pemikiran orang-orang yang berfikiran sedemikian. ataupun mungkin mereka dah terpengaruh oleh agen-agen UMNo yang yang cuba menghalang pelaksanaan pendidikan seks disekolah.
Sesungguhnya tanggapan seperti itu adalah suatu perkara yang amat memalukan kerana ianya lari jauh dari matlamat asas pendidikan seks untuk mendidik anak-anak kita menjauhi dari melakukan hubungan seks luar nikah. Tanggapan yang salah dan tentangan itu bukan sahaja tidak dapat membantu penyelesaian masalah sosial yang melanda negara kita ini, tetapi ianya menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit dan seolah-olah menggalakkan perzinaan terus berleluasa.
Inilah pemikiran dan keadaan yang dikehendakki oleh penyokong-penyokong UMNo yang ingin melihat bangsa Melayu dan Umat Islam dinegara in hancur sehancurnya dengan harapan rakyat yang dah rosak akhlaknya itu akan menjadi penyokong setia UMNo dan dapatlah mereka bersenang lenang kekal dipuncak kuasa dan seterusnya dapatlah pemimpin-pemimpin UMNO itu mengumpul kekayaan sebagaimana yang mereka kehendakki.
Pihak-pihak pengampu UMno telah berjaya menanam pemikiran yang pendidikan seks itu salah, menanam pemikiran yang pendidikan seks itu sebagai cara menggalakkan berlakunya perhubungan seks dan sebagainya lagi sehingga masyarakat kita secara umumnya terus-terusan menolak pendidikan seks yang matlamat asalnya adalah untuk mendidik anak-anak remaja menjauhkan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang akhirnya mendorong kearah perzinaan.
Mereka lupa, pendidikan seks itu adalah perlu dan sememangnya ingin diketahui oleh para remaja. Oleh itu tidak dapat tidak, kita mesti menyediakan satu sukatan untuk menentukan perkara-perkara yang patut mereka ketahui. Sekiranya kita tidak menyediakan sukatan pendidikan seks mengikut acuan dan kehendak kita untuk mengajar mereka secara formal, maka jawabnya mereka akan belajar perkara itu secara tidak formal melalui kawan-kawan ataupun dengan membuat rujukan kepada bahan-bahan terlarang.
Dengan kata lain, sekiranya mereka tidak dapat mengetahuinya secara formal, maka mereka tetap mencari jalan untuk mengetahuinya dan tentunya jalan yang mereka cari itu akan menyebabkan terjadinya perkara-perkara terkutuk dan keji. Hasilnya berlakulah perzinaan dan pembuangan bayi. Oleh itu kita perlulah berubah, perlulah bersedia dan perlu menyediakan pendidikan seks agar mereka dapat mempelajarinya secara betul mengikut sukatan yang kita sediakan. Hanya dengan cara itu kita dapat mengelakkan anak-anak remaja menjadi mangsa nafsu mereka sendiri atau menjadi mangsa kepada pihak-pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kealpaan dan kurangnya pengetahuan anak-anak gadis.
Janganlah sesekali kita sempitkan minda kita mengenai pendidikan seks ini kerana ianya adalah merupakan cabang ilmu yang wajib kita pelajari dan sampaikan pula kepada anak-anak remaja.
Isu pendidikan seks bukanlah sesuatu yang baru, malah banyak kali cuba diterapkan di sekolah tetapi akhirnya menemui jalan buntu. ianya tidak lain tidak bukan adalah kerana UMNO sedaya upaya akan berusaha mendidik masyarakat supaya Islam supaya menolak pendidikan seks dan sebagai akibatnya gejala seks bebas akan terus berleluasa!
Bagaimanapun berikutan kejadian masalah sosial di kalangan remaja yang kian membimbangkan kita semua terutamanya kes buang bayi yang begitu berleluasa, maka keperluan pendidikan seks timbul semula dan terus menjadi perbahasan pelbagai pihak, ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.
Realitinya, pendidikan seks adalah suatu keperluan semulajadi dan tuntutan Islam supaya tidak berlaku perkara-perkara yang keji dan tak diingini, seperti yang kita dapat lihat dengan nyatanya hari ni kesan-kesan hubungan seks tanpa batas dan luar nikah itu. Didalam Islam pendidikan seks telah dinyatakan dengan jelas melalui tatacara pergaulan, perkahwinan, kelahiran, tanggungjawab suami isteri, tanggungjawab ibu bapa memberi pendidikan dan memimpin keluarga, tanggungjawab ulama menyampaikan ilmu berbentuk peringatan dan juga tanggungjawab golongan umarak untuk memastikan pelaksanaan hukum-hakam Islam dipatuhi dan dilaksanakan.
Jadi matlamat utama pengenalan pendidikan seks disekolah-sekolah ialah untuk mendidik individu secara ilmiah supaya tidak melibatkan diri dalam pergaulan bebas yang boleh menyebabkan berlakunya perzinaan, hubungan seks tanpa nikah. Malangnya, ianya telah diputarbelitkan, menjadikannya kelihatan seperti satu subjek tidak bertamadun dan kelihatan bertentangan dengan kehendak Islam. Begitulah hebatnya propaganda puak-puak yang menentang pendidikan seks kerana mereka melihat pendidikan seks mampu mendekatkan umat Islam kearah penghayatan Islam yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment