Kerana CINTA saya di perkosa!
SAYA ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya kerana sudi membaca luahan hati saya ini. Saya sekian lama saya memendamkan masalah ini.
"Malam bertandang, hati berbisik mengenang cerita derita duka yang daku pendam. Air mataku berulang kali membasahi pipiku ini. Namun aku tetap perlu berdiri walaupun hakikatnya noda lama masih menghantui diriku. Aku ingin semuanya berakhir namun nampaknya penantianku tiada penamatnya . Oh Tuhan Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidupku." Begitulah bait-bait lirik lagu yang menjadi kekuatan saya.
Siapa sangka, lelaki yang sangat-sangat kucintai dan ku sayangi telah menodai diri ini. Kerana cinta, saya hanyut dan menyerahkan segala-galanya. Mujurlah saya tidak berbadan dua iaitu mengandung anak luar nikah. Jika tidak, tak tahulah apa akan terjadi kepada bayi berkenaan. Semuanya terjadi tanpa kerelaan saya. Cinta monyet telah membuatkan saya leka dan akhirnya saya diperkosa.
Peristiwa hitam itu terjadi ketika saya di zaman remaja, ketika masih di alam persekolahan. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk melindungkan apa yang terjadi dari pengetahuan kedua-dua orang tua saya. Syukur ke hadrat Ilahi, namun ianya tidak berpanjangan. Ini adalah kerana selepas kejadian itu, saya menjadi semakin tidak menentu, semakin mengingati dan semakin menyayanginya. Saya merasa amat takut ditinggalkan apatah lagi dia sudah mulai berubah dan melupai saya. Jika dulu, setiap hari dia akan menelefon saya. Tetapi selepas peristiwa saya ternoda itu, dia jarang sekali menghantar sms atau pun menelefon saya. Masa tu dunia saya bagaikan gelap, tiada siapa pun yang mampu menolong saya.
Itulah kisah zaman remaja saya. Namun, segala-galanya berubah sehingga saya meningkat dewasa dan bertemu dengan seorang jejaka yang amat saya cintai. Kini, dia mahu meminang saya dan mengikat hubungan serius. Hati saya memberontak, takut, macam mana nak saya terangkan pada dia. Persoalannya adakah perlu saya ceritakan kisah silam saya kepadanya?
Saya memberanikan diri untuk berterus terang. Dengan keberanian saya luahkan isi hati pada lelaki ini tetapi kekecewaan yang saya perolehi. Dia tidak dapat terima saya. Walaupun kejadian yang berlaku itu bukan kesalahan saya dan saya tak pernah meminta semua itu terjadi. Tetapi hakikatnya dia tetap tidak dapat menerima saya.
Inilah keluhan ku, semuga ianya jadi pengajaran dan ingatan pada adik-adik tentang hakikat hidup ini. Agar tidak menyerahkan segala-galanya kerana sayang atau kerana cinta. Itu Semuanya hanya dusta belaka. Mainan dan alat lelaki durjana yang hanya menunggu kesempatan untuk menjadikan kita mangsa dengan kata-kata cinta. Sebaliknaya yang betul-betul menyintai kita akan menjaga kita dengan sebaik mungkin sehinggalah saatnya tiba, barulah menggunakan haknya sebagai suami yang diredhai.
No comments:
Post a Comment