NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Wednesday, May 5, 2010

JERAT CINTA




Buang bayi ini dibuat oleh beberapa golongan perempuan yang tertentu. ada dari golongan 'baik' dan ada dari golongan yang 'tidak baik'. Anda tidak boleh andaikan bahawa perempuan yang buang bayi adalah perempuan yang jenis clubbing, merokok, dan minum arak. Malahan pelajar sekolah agama pun boleh terlibat dalam kes buang bayi.


PARA pengunjung kelab malam sering mengambil dadah berbentuk pil seperti ekstasi. – Gambar hiasan


JERAT CINTA!
Menurut pelajar yang membuang bayi itu, dia telah dianiaya. Memang kita tidak tahu samada betul atau tidak. Kita tiada bukti. Tetapi berdasarkan dari apa yang aku baca lepas², kebanyakan kes buang bayi ini datangnya dari golongan yang 'baik', yang ditipu oleh agenda jahat lelaki dan juga golongan perempuan yang masih belum matang untuk menongkah arus kehidupan.


APA yang akan dipaparkan dibawah ini adalah satu kronologi yang biasanya digunakan oleh lelaki durjana untuk menggoda dan menjerat anak-anak gadis, sampaikan sigadis dengan rela hatinya menyerahkan diri sendiri dalam jerat cinta yang berkemungkinan diakhiri dengan terjadinya kes pembuangan bayi. Walaupun ada yang mengatakan ada pelbagai cara yang boleh terjadi sampai kes buang bayi, tetapi kes ini adalah salah satu cara yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini seterusnya kemungkinan untuk berlakunya kes buang bayi.. (TETAPI. AWAS LELAKI DURJANA, JANGAN PULA ANDA GUNAKANNYA. pENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG TINDAKAN ANDA KERANA TUJUAN PENULIS MENYEDIAKAN KRONOLOGI INI adalah hanya semata-mata untuk peringatan bagi si gadis agar tidak menjadi mangsa lelaki buaya darat.


Anda Baca, Anda Pikir, Anda Nilai....

# 1)Saat mula berkenalan, adalah biasa bagi seorang lelaki akan memikat perempuan. Waalupun ada juga yang perempuan memikat lelaki, tetapi bilangannya amat sedikit, jarang-jarang sekali. biasanya semasa hendak tackle sesorang awek, pelbagai cara yang digunakan untuk membuat si perempuan terpikat.


# 2)Apabila sudah terpikat, biasalah untuk kedua-dua pihak lelaki dan petempuan itu saling berbalas sms, keluar makan bersama², menonton wayang dan pelbagai lagi masa yang dihabiskan bersama, untuk saling berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.

Duhai anak-anak gadis, awaslah kiranya pihak lelaki sudah mengajak anda makan atau keluar walaupun baru sahaja berkenalan. kadang-kadang tu tak sampai pun sebulan. Itu adalah tanda-tanda bahaya yang harus diawasi oleh sigadis. Itu adalah merupakan petunujuk bahawa lelaki itu adalah buaya darat yang sedang menjerat mangsanya. Jika anda keluar juga bersamanya , maka anda akan menjadi mangsanya seperti yang anda baca dalam cerita-cerita diatas.

Seeeloknya anda hendaklah menjauhi langkah-lankah ketiga dan seterusnya dibawah ini.

# 3)Pada permulaan keluar bersama, jarang sekali pasangan akan terus berpegang tangan, suap menyuap atau berpeluk pinggang. Memang pelik kalau kali pertama sudah pegang tangan. Masa permulaan hubungan, biasanya diambil untuk mengenal hati dan budi.


# 4)Setelah lepas jangka masa yang tertentu, si lelaki akan mulalah berani untuk memegang tangan perempuan sedikit demi sedikit, untuk melihat keizinan si perempuan. Apabila pihak perempuan kelihatan rela mulalah garpu pun jalan sana, jalan sini, peluk pinggang dan macam-macam. Ya, lelaki yang mulakan dahulu, perempuan yang izinkan.


# 5)Bagi perempuan yang berada dalam kategori "biasa atau naif", pegang tangan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang halangan tetapi bagi yang " arif dan tahu sangat perangai lelaki" ataupun golongan " yang tahu batas-batas lelaki dan perempuan ikut tuntutan agama" maka sukarlah untuk berpegangan tangan dan selamatlah. Tetapi bagi golongan "biasa atau naif" yang mana membenarkan teman lelakinya memegang tangannya atau tewas dengan pujukan teman lelakinya akhirnya hanyut 'melanggar' batas susila yang sepatutnya.


# 6) Setelah sekian lama berpegang tangan, mulalah suap menyuap. Sampai kepada satu tahap lagi, iaitu mencium pipi. Pada permulaannya mungkin akan ditentang keras oleh perempuan. Tetapi dek pujuk rayu teaman lelaki, yang disayangi, siperempuan pun bagilah keizinan pipinya untuk di cium oleh lelaki. Itulah salahnya. Salah lelaki yang menjerat mangsa dan saalah perempuan yang membenarkan dirinya terjerat dek lelaki durjana. Dua-duanya salah tak boleh jaga diri dan tak boleh jaga nafsu.




# 7) Ciuman pipi tidak akan berhenti begitu sahaja, apabila sudah lama, lelaki akan meminta satu lagi perkara dari perempuan, iaitu cium mulut. sama keadaannya seperti cium pipi tadi, memang akan ditentang keras pada permulaannya. Lama kelamaan, akibat pujuk rayu lelaki, dan rasa sayang terhadap lelaki maka ciumlah mulut... Bagi lelaki, memanglah best, tetapi bagi perempuan ada yang best, ada yang tidak rela tetapi terpaksa. Lelaki yang salah.


# 8)Selepas agak lama, pasangan akan berpikir untuk pergi melancong kemana²..Dan kes seterusnya yang aku bagitahu juga boeh terjadi tanpa melancong.!. Pada mulanya mungkin dekat² sahaja, tetapi lama² akan pergi jauh. dan bagi yang pergi jauh dan terpaksa bermalam, bermulalah episod hitam dalam hidup seseorang perempuan.


# 9)Bagi lelaki, seboleh-bolehnya dia ingin tinggal sebilik dengan perempuan. Tetapi bagi perempuan, buat pertama kalinya, atau baru², mereka akan takut untuk tinggal sebilik. Ye, perempuan pikir tentang keselamatannya. Tetapi lelaki akan memujuk perempuan untuk tinggal sebilik. Kemungkinan ayat yang dikeluarkan oleh si lelaki adalah :

" ala sayang ni, takkan dengan abang pun sayang tidak percaya. sayang kan sudah lama kenal abang. abang kan boyfriend sayang. Lagipun kan kita hendak bercuti je".

dan perempuan, hendak tak hendak,setelah didesak berkali² terpaksalah bersetuju dan dengan harapan lelaki mengotakan janjinya untuk tidak melakukan apa²!.


# 10)Apabila sudah melancong dan tinggal sebilik. saat hitam dalam hidup perempuan menjelma. Lelaki akan mengajak perempuan untuk melakukan seks. Perempuan akan menolak sekeras-kerasnya. dan mungkin ada yang menangis untuk menolak pemintaan lelaki. Tetapi lelaki akan terus meminta dan menabur pelbagai janji² yang manis.


# 11)Seks kali pertama bagi perempuan untuk kes seperti ini boleh terjadi dalam 3 cara (dan mungkin juga cara² lain)

i )Si lelaki memasukkan pil tidur ke dalam minuman.
ii)Perlakuan seks dilakukan sepenuhnya dengan kekerasan
iii) Perlakuan seks dilakukan dengan keadaan paksa-rela oleh perempuan.



# 12)Bagi keadaan paksa-rela, pada asalnya perempuan menolak untuk melakukan hubungan seks. Tetapi selepas dipujuk oleh lelaki, maka perempuan terpaksa merelakan tubuh diratah oleh lelaki. Antara ayat² yang famous yang digunakan oleh lelaki untuk memerangkap perempuan buat pertama kali adalah :

i)sayang, apa yang abang lakukan ini adalah kerana abang terlalu sayangkan xxx.

ii)sayang, abang berjanji abang akan mengambil sayang sebagai isteri selepas ini. abang bertanggungjawab dengan apa yang abang lakukan.

iii)sayang, apa buktinya xxx betul² sayangkan abang, cintakan abang?

iv) Mana
BUKTINYA awak sayangkan Abang? Jika tak izinkan itu, maknanya awak tidak cintakan abang, tidak sayangkan abang! kalau sayangkan abang, kalau cintakan abang buktikanlah ya! takkan itu pun tak boleh.

v)Hanya sayang seorang yang bertahta di hati abang.

vi)Abang tak sanggup untuk kehilangan sayang, sebab itu abang minta untuk kita lakukan hubungan seks sebagai tanda ikatan kasih kita berdua. Selepas ini, tiada siapa dapat memisahkan kita lagi. jika tak senaglah sapa-sapa sahaja memisahkan kasih sayang kita, cinta kita.



# 13) Setelah dipujuk rayu oleh lelaki durjana (LELAKI YANG JAHAT) maka berlakulah sesuatu yang tidak patut berlaku dan anak gadis itu akan kehilangan sesuatu yang sungguh berharga sebagai seorang perempuan iaitu DARA tanpa menyedarinya ia akan menentukan hidupnya bermaruah atau penuh penghinaan sekiranya terjadi hubungan terlarang itu

Menyesal atau tidak sesudah melakukan perkara terkutuk itu , tidak lagi membawa sebarang eriti, tidak lagi membawa sebarang makna kerana ianya telah pun berlaku dan tidak dapat diundur lagi. Ingatlah jika teman lelaki anda yang berkata-kata demikian, maka tinggalkanlah ia, Ianya hanyalah lelaki durjana. yang hanya ingin merosakkan anda dan meninggalkan anda selepas mendapat apa yang dihajatkannya. cara yang denmikian adalah cara yang salah membuktikan cinta. Cara yang betul untuk membuktikan cinta ialah dengan meminta teman lelaki anda masuk melamar anda. itulah caranya, yang sebaik-baiknya.


# 14) Apabila kali pertama melakukan hubungan seks, kebiasaannya perempuan akan menangis mengenangkan apa yang di telah lakukan. Memang normal perempuan akan menyesal setelah hubungan seks selesai buat pertama kalinya. si lelaku durjana akan memujuk dengan kata² yang manis seperti

i)sayang, jangan bimbang abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku antara kita
ii)xxx dah buktikan yang xxx memang sayangkan abang, cintakan abang sahaja. abang pun seperti itu, hanya cintakan xxx seorang sahaja
iii)xxx sayangku janganlah menangis, selepas ini tiada apa yang dapat memisahkan kita lagi. ianya adalah tanda cinta kita berdua.



# 15) Dan akhirnya setelah dipujuk rayu dan ditabur janji² manis, perempuan akan mempercayai kata² lelaki itu. Ya, harapan perempuan tinggi sekali untuk si lelaki bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku antara mereka berdua...


# 16) Habis disitu kisah di kawasan peranginan yang merupakan permulaan kisah hitam dalam hidup seorang perempuan..satu sejarah yang pasti akan dikenang sepanjang hayat oleh seorang perempuan. Bagi lelaki, mungkin juga akan ingat. tetapi kisah lelaki dan perempuan bagi kes melakukan hubungan seks adalah kisah yang berbeza.....


-----------------------------------------------------

Adakah kisah ini akan habis begitu sahaja dan lelaki akan tidak mengulangi perbuatan itu dan terus melamar perempuan tersebut untuk berkahwin..?
TIDAK.....
Silaplah siapa yang akan kata habis begitu sahaja..
Siapa yang tidak kenal lelaki.?
Kalau 10 orang lelaki, berapa sahaja yang boleh dipercayai untuk kes ini.?

Cukup disini dahulu aku buat kronologi "ke aras" kes buang bayi..
Mungkin korang pun boleh agak selepasnya.
Tetapi aku akan teruskan juga untuk part 2 kemudian hari.

Even dalam kes kronologi 1 seperti ini, orang ramai masih lagi menyalahkan perempuan kerana tidak pandai menjaga diri.! sedangkan lelaki penuh dengan sifat kedurjanaan.. Pelik sungguh..


KOMEN: KEDUA-DUANYA SALAH: Kedua-duanya naif dan tidak tahu apa-apa. Yang paling teruknya siperempuan itu tidak tahu jerat lelaki jahat yang memasang perangkap. Sebab itulah pendidikan seks perlu diajar di sekolah untuk mengelakkan anak-anak gadis remaja jadi mangsa penipuan lelaki jahat.

AKIBAT JERAT CINTA 1



Pelajar bersalin dalam tandas

2010/05/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.


Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.


“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.


Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.

Rela ditiduri teman lelaki
Oleh Azman Mahmood, Hamid Salleh dan Faizul Azlan Razak
bhkt@bharian.com.my
2010/05/07


BAYI dilahirkan pelajar Tingkatan Tiga dalam tandas">

BAYI dilahirkan pelajar Tingkatan Tiga











BAYI dilahirkan pelajar Tingkatan Tiga dalam tandas di Klinik Kesihatan Felda Jerangau ditempatkan di wad bersalin Hospital Hulu Terengganu, semalam.



Pelajar Tingkatan Tiga insaf mahu perbaiki diri demi masa depan

KUALA BERANG: "Kami tidak pernah bercinta, tapi saya merelakan setiap kali dia masuk melalui tingkap untuk tidur bersama," kata pelajar Tingkatan Tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu yang melahirkan bayi lelaki dalam tandas di pusat kesihatan di penempatan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Hasil hubungan terlarang dengan rakan lelaki sekelas yang juga jirannya, pelajar perempuan yang dipercayai lurus bendul itu berkata, dia menyedari mengandung pada Januari lalu selepas menjalin hubungan sejak Oktober tahun lalu.

Ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu petang semalam, dia mengaku sudah memaafkan perbuatan pelajar lelaki itu tetapi tidak mahu bertemunya lagi kerana matlamatnya selepas ini hanyalah menjadi ibu kepada anak yang baru dilahirkan dan meneruskan persekolahan.

Katanya, rakan lelaki jirannya itu tidak tahu dia mengandung dan mereka juga sudah tidak bertemu sejak Disember tahun lalu.

"Saya insaf dan tidak mahu lagi membuat perkara terkutuk seperti ini dan saya ingin memperbaiki diri demi masa depan. Hidup saya selepas ini hanyalah untuk keluarga dan menjaga anak ini," katanya sebak tetapi mengakui berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun terkilan dengan perbuatannya.

Menceritakan kejadian sebelum melahirkan anak di Klinik Kesihatan Felda Jerangau kelmarin, katanya, dia sudah menjangka untuk bersalin selepas berasa sakit perut dan mengikut ibunya ke pusat kesihatan itu.

Murid Tahun Enam buat laporan polis sebelum ibu ambil tindakan

GEMENCHEH: Seorang ibu yang bimbang apabila anak perempuannya, seorang murid Tahun Enam tidak pulang ke rumah Rabu lalu, terkejut apabila anaknya sendiri membuat laporan di balai polis di sini, kelmarin, mendakwa dirogol teman lelakinya.

Murid berkenaan dikatakan meninggalkan rumahnya kira-kira jam 6.30 pagi, Rabu lalu, untuk pergi ke sebuah sekolah rendah di sini, tetapi tidak pulang hingga lewat petang.

Ibu mangsa berusaha mencarinya dan selepas tidak menemuinya datang ke balai polis di sini pada malam itu untuk membuat laporan kehilangannya. Bagaimanapun, dia dinasihat mencari terlebih dulu dan membuat laporan polis jika anaknya tidak ditemui selepas 24 jam.

Kira-kira jam 4 petang kelmarin, ibu mangsa dimaklumkan oleh polis bahawa anak perempuannya datang ke balai polis dan membuat laporan dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun.

Mangsa dipercayai dirogol di sebuah restoran di sini awal pagi Khamis lalu, iaitu selepas restoran itu ditutup.

Murid Tahun Enam itu dipercayai mengikut teman lelakinya atas dasar cinta dan dipercayai melakukan hubungan seks selepas terpengaruh dengan janji manis serta pujuk rayu teman lelakinya yang bekerja sebagai pembantu restoran berkenaan.

Menyedari kesilapannya, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berikutan laporan itu, menahan seorang pemuda di rumahnya di Gemencheh, kira-kira jam 10 malam, kelmarin dan direman empat hari untuk membantu siasatan.

Katanya, mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan perubatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 30 tahun dan sebatan,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya mengawasi pergaulan anak-anak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber : Bharian.com.my


INGATLAH PERSEPSI CINTA GADIS DAN REMAJA LELAKI ADALAH BERBEZA!

“Ramai tidak tahu bahawa persepsi atau impian cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki.

Remaja perempuan menganggap CINTA mereka terhadap teman lelaki adalah cinta sejati dengan andaian dan harapan teman lelaki itu adalah sebagai bakal suaminya nanti. Kerana itu anak-anak gadis sanggup menyerahkan jiwa dan raga, menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki tercinta.

Dengan kata lain, remaja perempuan yang menyintai teman lelakinya akan menyerahkan segala-galanya yang diminta oleh lelaki buaya darat itu. tetapi bagi gadis remaja yang tahu menjaga maruahnya akan meminta silelaki itu masuk melamarnya. Nah itulah caranya yang betul, nak! Janganlah dikau menyerahkan mahkoptamu itu selagi belum menjadi suamimu. Itu caranya membuktikan cinta sejati! Bukannya cara lain! hanya itu satu-satunya caranya untuk membuktikan cinta, iaitu melalu perkahwinan!


Sebaliknya bagi remaja lelaki yang mencari cinta sejati tidak akan melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkkan kesucian gadis yang dicintainya. Dia akan menunggu sehinggalah bergelar sebagai suaminya. Itulah bukti cinta lelaki, yang anda perlukan sebagi butinya sidia mencintai anda.

Sedangkan pada remaja lelaki yang dikuasai oleh nafsu durjana bukannya kerana cinta akan bermain-main dengan kata-kata cinta untuk menggoda anak-anak gadis untuk mencuba kemahiran bermain kata-kata dan seterusnya mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan. selepas itu, pastinya lelaki yang twelah melakukan hubungan terlarang dengan gadis itu akan meninggalkan gadis itu menanggung malu keseorangan!


No comments:

Post a Comment