Bagaimanapun, seseorang lelaki perlu sentiasa berhati-hati dalam mengucapkan ayat memikat. Ini kerana sesetengah wanita tidak menggemari ayat sebegini, lebih-lebih lagi yang kedengaran bodoh, berlebihan atau terlampau terdesak.
Kadangkala, ayat memikat yang ringkas saja sudah memadai. Apabila ada maklum balas yang positif daripada wanita terbabit, barulah seseorang lelaki perlu memikirkan kesinambungan ayat memikat yang dapat memastikan hubungan itu berterusan.
Banyak idea ayat memikat yang boleh anda petik daripada dialog yang didapati dari filem, bahan bacaan seperti novel ataupun dari internet. Sebelum mempraktikkannya, elok juga jika anda berlatih terlebih dulu, sama ada merekod dan mendengarnya semula ataupun berlatih di depan cermin bagi menentukan ekspresi muka yang sesuai.
Namun, anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menyentuh mengenai perkara sensitif seperti berat badan atau warna kulit dalam ayat memikat yang ingin anda gunakan, biarpun ia berunsur pujian. Maklum saja, ramai wanita yang sukar diduga tahap sensitiviti mereka. Kadangkala, pujian pun boleh disalah anggap sebagai kata memerli, justeru lebih selamat jika ia tidak digunakan dalam ayat memikat anda.
Paling penting, seseorang lelaki perlu tampil yakin ketika mengungkapkan ayat memikat kepada wanita dan pastikan ia kedengaran semula jadi. Tidak semua wanita mudah diambil perhatiannya melalui ayat memikat semata-mata. Kalaupun ayat memikat anda tidak berkesan, mungkin keyakinan yang ada pada diri anda itu sebenarnya yang dapat memikat hati si dia.
Apa Kata Mereka?
Scha Al Yahya
“SAYA rasa, pick up lines selalunya susah untuk menarik minat saya kerana kebanyakan yang saya terima selalunya agak berlebih-lebihan.
“Antara yang saya ingat, “Am I dead? This must be heaven and you must be angel. (Adakah saya sudah mati? Ini pastinya syurga dan kamu tentunya bidadari). Biasanya saya akan tergelak saja mendengar pick up lines begini yang kebanyakannya saya terima menerusi mesej di profil laman sosial.
“Entahlah, saya susah terpikat dengan ayat memikat. Saya lebih tertarik kepada personaliti seseorang lelaki itu.”
Sazzy Falak
“Oleh kerana saya sukakan individu yang pandai berjenaka, jadi saya lebih ingat pick up lines yang berunsur jenaka yang pernah orang ungkapkan kepada saya.
“Bagi saya, lelaki zaman kini perlu bekerja lebih keras dan jadi lebih kreatif dalam menyusun pick up lines. Ini kerana kebanyakannya sudah biasa diketahui wanita kerana ia boleh dibaca menerusi internet. Lagipun, kebanyakan wanita kini tidak mudah untuk memberi perhatian kepada pick up lines.
“Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keikhlasan di sebalik kata-kata yang diungkapkan itu. Jika pick up lines yang diungkapkan seseorang lelaki itu biasa saja, tapi keikhlasan dapat dilihat dalam dirinya, tidak mustahil jika seseorang wanita itu akan memberi peluang kepadanya.”
Contoh Ayat Memikat:
1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.
2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.
3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.
4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,
5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.
6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?
7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.
8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.
9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...
10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.
No comments:
Post a Comment