NOTA KHAS

Apabila disebut sahaja perkataan "seks", maka kebanyakkan dari kita hanya membayangkan atau tergambar mengenai perlakuan hubungan jasmani semasa melakukan "sexual intercourse" atau "jimak" semata-mata. Oleh itu, tidak hairanlah jika masyarakat secara amnya menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak menyokong pendidikan seks di sekolah-sekolah. Sebenarnya mereka terlupa yang pendidikan seks itu ada dua bahagian atau dua jenis pendidikan.

Pendidikan seks yang perlu diajar adalah berkaitan dengan penyampaian maklumat untuk membolehkan anak-anak gadis terselamat dari gangguan seksual dan terjadinya perkara-perkara yang tak di-ingini seperti menjadi mangsa penipuan buaya darat dengan jerat cinta, akibat pengambilan minuman keras, pengambilan dadah dan sebagainya.

Manakala pendidikan seks yang tidak perlu diajar ialah hubungan badani antara lelaki dengan perempuan, kerana ianya sememangnya tak perlu diajar, bak kata orang, " orang buta pun dapat buat", jadi tak perlulah diajar. Begitu juga pengajaran mengenai "labia majora, labia minora atau phallus" dan sebagainya tak perlu dipaparkan atau dinyatakan kepada pelajar-pelajar.

Struktur fizikal organ-organ reproduksi seperti yang disebutkan itu hanya perlu diajar kepada penuntut-penuntut perubatan sahaja. Ianya tidak perlu di dedahkan kepada remaja kerana pendedahan sedemikian hanyalah mengaibkan remaja wanita dan kemungkinan merangsang nafsu remaja lelaki sahaja. Oleh itu perkara-perkara sebegini harus bahkan menjadi satu kemestian tidak dimasukkan kedalam sukatan pendidikan seks di sekolah.

Konotasi mengenai pendidikan seks menyebabkan sebahagian besar dari masyarakat akan terkejut, terperanjat ataupun kaget apabila kita mengesyorkan pendidikan seks diajar di sekolah. Itulah yang terjadi kepada penulis blog ini apabila bertanyakan kepada ibu saudara (Guru besar), adik ipar (pensyarah Pengajian Islam) dan sahabat handai mengenai keperluan pendidikan seks ini di sekolah. ternyata mereka begitu terkejut dan begitu kaget dengan persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada mereka, kerana mereka tidak mempercayai persoalan yang sedemikian akan terpacul dari mulut penulis. Begitu kaget sekali.

Ada yang secara sepontan menolak pendidikan seks di ajar di sekolah tetapi apabila telah diterangkan mengenai objektif dan skop pengajaran, barulah mereka menyokongnya. Sebenarnya penulis pun agak ragu-ragu untuk mengemukakan persoalan sedemikian kepada mereka, tetapi kerana memikirkan ianya satu keperluan, maka terpaksalah penulis menanyakan pendapat mereka untuk melihat reaksi spontan mereka sebagai mewakili reaksi masyarakat umum.

Tetapi apa yang menghairankan ialah apabila soalan yang sama dikemukakan kepada golongan remaja mereka tanpa segan silu menyatakan pendapat mereka. nampaknya kita golongan yang dah dewasa, yang dah tua ini yang agak malu-malu untuk membincangkan perkara ini, bukannya mereka.

Sikap remaja yang terlalu terbuka dan reseptif ini adalah terlalu merbahaya bagi mereka jika kita tidak mendidik mereka lebih awal mengikut acuan kita. Oleh itu kita tidak boleh tidak, mesti merangka satu sukatan untuk menentukan yang mana mesti diajar dan yang mana tidak boleh diajar!

Oleh itu apa yang saya paparkan dalam blog ini sama ada secara "explicit" atau "implicit", tersurat atau pun tersirat hendaklah dijadikan kerangka asas pembentukan modul pendidikan seks di sekolah.

Saya juga bagi keizinan kepada sesiapa juga untuk menerbitkan semula kertas kerja saya ini sama ada melalui media internet ataupun dalam bentuk buku, tetapi dengan syarat janganlah dikurangkan isinya kerana ianya merupakan "part and partial" kertas kerja ini dan jika dikurangkan, maka sebahagian dari maklumat yang hendak disampaikan secara tersurat dan tersirat itu akan hilang. Oleh Itu sayugialah kiranya mana-mana pihak yang ingin menerbitkan semula menambahkannya dengan idea-idea anda sendiri ataupun maklumat-maklumat yang lain juga. Kalau boleh sebutkanlah juga sebut sumber rujukan ini

PostHeaderIcon Seksanya Mayat Bayi Ini

nb

Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.




Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.


Re: Apa dosa bayi perempuan ini?

Post xiaowen_L6B on Thu Feb 11, 2010 9:05 pm

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentukerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut.



83 bayi dibuang sejak 2001



Kes pembuangan bayi itu telah dikenal pasti berlaku sejak sembilan tahun lepas

KUCHING: Sebanyak 83 kes pembuangan bayi dikenal pasti sejak 2001 hingga suku pertama 2010.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

RASMI: Fatimah (kanan) menekan papan kekunci sebagai tanda perasmian Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangan Bayi di Kuching, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 daripada kes tersebut menyebabkan kematian dan selebihnya masih hidup.

“Maklumat yang saya perolehi daripada PDRM menyatakan bahawa 27 daripada kes tersebut telah dibuat tangkapan dan tindakan yang sewajarnya diambil.

“Justeru kami (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah ini,” katanya berucap merasmikan Bengkel dan Pelancaran Brosur Sistem Sokongan Dalam Menangani Wanita Hamil Luar Nikah dan Pembuangn Bayi di sini semalam.

Fatimah berkata jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan pertama pada 22 Mac lalu di mana satu system sokongan diwujudkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Menurut beliau dua pendekatan yang dipersetujui diambil iaitu pencegahan melalui pendidikan dan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan tersebut juga satu brosur system sokongan diwujudkan dan dilancarkan oleh beliau semalam.

Brosur ini bertujuan menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan dan rujukan bagi menangani isu wanita hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Selain itu brosur tersebut juga memberikan maklumat proses yang dilalui untuk mendapatkan penjagaan, perlindungan, pemulihan dan perkhidmatan di samping menghindari pengabaian, pembuangan dan pembunuhan janin atau bayi.

Menurut Fatimah sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memainkan peranan mereka terutama pihak sekolah yang sudah mempunyai sekurangkurangnya seorang guru kaunseling.

“Kebanyakan kes ini melibatkan remaja bawah 18 tahun maka guru kaunseling memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan dengan isu ini.

“Di samping itu ibu bapa harus memberi perhatian terhadap setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh anak mereka,” tambah beliau.

Seramai lebih kurang 80 orang menghadiri bengkel yang diadakan di Wisma Wanita anjuran Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Lima puluh orang daripadanya membabitkan guru-guru kaunseling dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Bengkel tersebut bertujuan berkongsi maklumat tentang permasalahan remaja dan system sokongan yang wujud serta agensi dan badan yang bertanggungjawab.

Selain itu bengkel tersebut juga membolehkan peserta mengenal pasti pendekatan pencegahan dan intervensi bagi menangani isu tersebut di kalangan remaja sekolah.

“Saya berharap para peserta memperolehi segala maklumat yang dapat membantu dalam menangani masalah ini,” katanya.

Turut hadir Timabalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz dan Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali.

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG



Masyarakat tersalah anggap bahawa pendidikan seks hanya perlu dibicarakan oleh golongan dewasa yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin dan bermati-matian membantah pendidikan seks di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Sebab itulah berlakunya pelbagai perkara yang menakutkan kepada anak-anak gadis kita.

Ingatlah tanpa pendidikan seks maka mudahlah berlakunya perhubungan terlarang seperti rogol, perzinaan dan sumbang mahram sama ianya berlaku secara paksaan, diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja tidak sedarkan diri,
diberi mnuman yang telah dicampur dengan sesuatu yang menyebabkan remaja terangsang untuk melakukan seks,
ataupun secara sukarela yang disebabkan
terjerat oleh perangkap cinta, rangsangan yang diterima melalui sms, internet, video lucah atau minuman arak yang disediakan dalam majlis tari menari atau rangsangan akibat pergaulan bebas tanpa batasan dengan teman lelaki.

Ingatlah seks adalah merupakan suatu keperluan yang mana agama Islam telahpun menetapkan peraturan-peraturan tertentu supaya diguna pakai dalam kehidupan seharian supaya ianya tidak disalahgunakan untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata sebaliknya juga untuk memelihara kepentingan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Dengan itu pendidikan seks adalah perlu diajar di sekolah!

aaa


ADUHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA

TIDAKKAH engkau terbaca atu terdengar begitu banyaknya cerita-cerita mengenai pembuangan bayi disana sini, di merata-rata tempat?

Jadi apakah tindakan kamu wahai pemimpin-pemimpin yang terlalu mengharapkan kuasa dan berusaha mengekalkan kuasa?

Takkan hanya mendengar sahaja cerita-cerita ni begitu sahaja, membiarkan ianya berlalu diangin lalu tanpa mengambil bertindak apa-apa!

Jika begitu buat apa kau ada dipuncak kuasa, membiarkan sahaja segala masalah yang berlaku dinegara ini tanpa sebarang tindakan untuk membasmikan dan menghapuskan punca-punca berlakunya gejala-gejala sosial itu.

Kenapa? kenapa? Kenapa kau tidak bertindak? apa yang kau tunggu?

Atau adakah ianya tidak penting untuk kamu. adakah hanya kuasa yang penting untuk kamu. adakah hanya kedudukan yang penting untuk kamu? Adakah hanya kekayaan sahaja yang penting untuk kamu?

Ingatlah semua gejala sosial ini boleh diselesaikan jika kamu mahu! tetapi ini semua tidak penting untuk kamu, sebab itu kamu tidak bertindak, tidak menyelesaikan punca masalah, tidak menghapuskan punca masalah-masalah berkenaan.


Sunday, June 13, 2010

IBU BAPA AWASILAH ANAK-ANAK ANDA, JANGANLAH DIBENARKAN KELUAR MALAM, BANYAK BAHAYANYA TU!

SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai lokasi memadu kasih pada malam hari.

Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta.

Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam. Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu.

“Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat. “Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam. “Malah, sebelum ini kami turut menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan penduduk.

Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat membabitkan orang Islam.



No comments:

Post a Comment