Modul pendidikan seks di sekolah
ADA sesuatu yang perlu diperbetulkan dalam mentaliti masyarakat kita apabila membicarakan soal seks. Sikap tabu, tertutup dan menganggap seks sebagai subjek menjijikkan adalah antara beberapa pandangan yang membelenggu minda masyarakat dan sukar diubah.
Berikutan masalah sosial di kalangan remaja yang kian membimbangkan terutama gejala buang bayi, ia timbul semula dan terus menjadi perbahasan pelbagai pihak, ada yang setuju dan ada yang membantah. Realitinya, pendidikan seks adalah sebahagian daripada proses pembelajaran sejak lahir hingga ke liang lahad. Perkahwinan, kelahiran dan tanggungjawab suami isteri tidak dapat lari daripada keperluan seks.
Cuma, katanya, keghairahan dan kecenderungan generasi hari ini menyalah guna serta mentafsirkan soal itu menjadikan pendidikan seks semakin rosak dan menyimpang daripada matlamatnya.
Natijahnya, golongan muda menjadi mangsa kerana mereka 'terperangkap' dengan stigma yang dilemparkan masyarakat.
"Antara matlamat awal pengenalan pendidikan ini ialah untuk mendidik individu secara ilmiah mengenai fungsi tubuh secara biologi. Malangnya, ia disalah guna menjadi seperti subjek tidak bertamadun sedangkan agama juga menitikberatkannya. "Cuba lihat reaksi pelajar apabila mereka belajar mengenai pendidikan seks. Jika tidak diterangkan dari awal, pasti mereka anggap pembelajaran itu hanya mengenai satu aspek saja.
"Penting bagi ibu bapa, masyarakat dan guru bersedia dengan mekanisme tertentu supaya membantu pelajar mendapat maklumat yang betul," katanya.
Ditanya mekanisme sesuai boleh diguna pakai untuk mengadakan pendidikan seks secara terbuka, katanya, sekolah dan ibu bapa perlu menyediakan bahan pembacaan berbentuk ilmiah, seminar dan soal jawab.
"Mewujudkan modul pendidikan seks di sekolah usaha yang baik, namun sokongan luar juga perlu supaya semua aspek seimbang dan mantap.
"Ia bukan tugas mudah tapi boleh dilakukan. Proses pembelajaran dilakukan secara berterusan, seimbang dengan nilai moden, lama dan keagamaan. "Pada masa sama, beri fokus pada langkah pencegahan demi mempertingkatkan tahap kesedaran seks," katanya.
No comments:
Post a Comment